Pas tahu keputusan UMNO tidak sertai PN : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Pas tahu keputusan UMNO tidak sertai PN

‘Rundingan agihan kerusi UMNO-Bersatu perlu disegerakan’
2 Aug 2020
PRN Sabah: BN, sekutunya akan bertanding di semua 73 kerusi
2 Aug 2020

KOTA BHARU – Keputusan UMNO tidak mahu menyertai Perikatan Nasional (PN) sudah ketahui Pas sejak dua minggu lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat yang dihadiri Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada dua minggu lalu.

“Malam itu memang sudah ada dibincangkan dan dimaklumkan bahawa UMNO membuat keputusan tidak mahu menyertai satu lagi perikatan baharu iaitu PN.

“Jadi kita berpendapat PN tidak perlu didaftarkan kerana kita mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional. Itu sudah dibincang dan sama-sama mempersetujui,” katanya selepas mengagihkan daging korban kepada penduduk di Kampung Belukar Luas di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas dilaporkan berkata, Muafakat Nasional tidak mengadakan sebarang perbincangan sebelum UMNO mengumumkan keputusan untuk tidak menyertai PN.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Takiyuddin itu disalah tafsir media.

“Datuk Takiyuddin tidak menghadiri mesyuarat itu. Dalam isu ini, beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dan kemungkinan salah tafsir yang menyebabkan kenyataan berkaitan telah dikeluarkan oleh beliau kepada media.

“Saya sudah menyemak, saya faham sangat kadang kala apabila kita bercakap kepada media, tafsiran itu kadang-kadang tidak semestinya tepat macam apa yang saya kata.

“Saya rasa kedua-dua pun tidak salah, Datuk Takiyuddin mungkin bermaksud lain kerana kenyataan dia dibaca di surat khabar ‘UMNO menarik diri daripada PN’ dilaporkan begitu, tetapi sebenarnya ia bukan soal tarik diri,” katanya.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Ahli Parlimen Ketereh berharap perkara itu tidak diperbesarkan dan semua pihak perlu menjaga sensitiviti masing-masing.

“Pemimpin perlu tunjukkan kebersamaan, kesabaran tahap tinggi, kalau kita layan semua ia boleh menjadi tidak terkawal mungkin ada yang kecil hati, terguris hati, salah persepsi.

“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan suasana berunding dengan parti-parti PN sangat baik, dan sokongan kepada Perdana Menteri juga baik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply