Kalau Isteri Nak Gembirakan Suami, Salah Satu Caranya Jangan Perlekehkan Minat Suami! : Pena Hijau

Kalau Isteri Nak Gembirakan Suami, Salah Satu Caranya Jangan Perlekehkan Minat Suami!

Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Kalau Isteri Nak Gembirakan Suami, Salah Satu Caranya Jangan Perlekehkan Minat Suami!
icon follow us

Kalau Isteri Nak Gembirakan Suami, Salah Satu Caranya Jangan Perlekehkan Minat Suami! | Jadi isteri yang baik bukannya susah tapi anda hanya perlu terapkan dalam diri bahawa suami adalah lelaki yang perlu anda hormati. Jangan anggap diri terlalu besar sehingga lupa di mata letaknya kedudukan seorang isteri.

Sebab itu, dalam mengharungi badai rumah tangga, kedua-dua pihak memainkan peranan. Bukan bergantung kepada suami sahaja.

Namun, tidak salah jika sebagai isteri, anda juga meletakkan usaha untuk mengurangkan pertelingkahan dalam rumah tangga dan gembirakan suami sendiri. Kerana, salah satu ciri yang disukai oleh suami adalah wanita yang sentiasa menenangkan hatinya.

Kadang-kadang, mengambil berat mengenai perkara yang kecil pun boleh dijadikan sebagai cara yang mudah untuk menambat hati suami. Bertanya kepadanya mengenai sarapan apa yang ingin dimakannya, warna tali leher apa yang ingin dipakainya dan pelbagai lagi.

Ia sedikit sebanyak boleh dijadikan perkara untuk bergurau jenaka sesama suami isteri. Dari sini juga, anda boleh mengetahui perkara yang disukai suami dan sama ada dia seorang yang suka dimanja atau berdikari.

Lumrah wanita suka bercakap sama ada ia adalah dalam bentuk leteran atau sebaliknya. Namun, tak ramai lelaki yang suka akan perkara itu. Terutamanya jika ia dilakukan secara kerap. Kadang-kadang perkara ini yang boleh menimbulkan pergaduhan.

Jadi, jika leteran itu adalah disebabkan oleh perkara kecil seperti kenapa tidak memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam bakul atau mengapa ubat gigi tidak dipicit dari bawah; apa kata tukarkan ia kepada penyelesaian. Contohnya, meletakkan bakul baju di tempat yang suami anda biasa lemparkan baju.

Cari cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah itu jika perkara itu tetap berlaku walau setelah menasihatinya berkali-kali.

Gembirakan Suami

BACA JUGA:Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!

Jika suami suka bertanya pendapat mengenai sesuatu atau meminta bantuan kita mengenai minatnya, jangan dipandang ringan akan perkara tersebut. Mereka juga sama seperti wanita.

Yang sentiasa memerlukan sokongan dan pendapat daripada orang lain. Dan semangatnya boleh luntur jika orang terdekatnya memberi komen atau kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat. Jadi nak gembirakan suami jangan lah kita memperkecilkan minat suami.

Seorang isteri yang baik dan berusaha untuk gembirakan suami ialah yang sentiasa memahami situasi dan mood suami. Apabila suami pulang dari kerja dengan penat, janganlah dimulakan perkara yang tidak disukainya.

Contohnya mencari gaduh atau berleter kepadanya. Jika suami memerlukan masa untuk bersendiri atau tidak menjawab persoalan anda, berikan dia ruang untuk berfikir. Seperti wanita yang memerlukan ruang untuk bersendiri atau difahami, begitu juga dengan suami.

Berhias di rumah tidak semestinya memakai make up secara penuh atau berkebaya sepanjang masa, namun memadai dengan sentiasa kemas dan menjaga pemakaian. Sekurang-kurangnya biarlah sedap mata kita memandang. Jika kita rajin untuk berhias di luar rumah, rajin-rajinkanlah diri juga untuk berhias di dalam rumah. Berhias itu bukan untuk orang lain, tetapi suami anda juga.

Banyak lagi perbuatan yang boleh diambil perhatian dan dititikberatkan dalam rumah tangga. Semua itu adalah bergantung kepada kreativiti dan personaliti masing-masing untuk gembirakan suami. Yang paling penting ialah rumah tangga itu perlu dilalui dengan toleransi, barulah akan wujud harmoni.

Dan wanita yang boleh gembirakan suami adalah termasuk dalam ciri-ciri wanita solehah yang sentiasa didambakan syurga dan merupakan harta yang tidak ternilai buat suami.

BACA JUGA: Inilah 6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga, Bila Bercerai Jangan Salahkan Bekas Suami Jer.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kalau Isteri Nak Gembirakan Suami, Salah Satu Caranya Jangan Perlekehkan Minat Suami!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more