Orang Tua Kita Adalah Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita, Jangan Lupa Dan Abaikan Mereka!
29 Jul 2020Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama
30 Jul 2020Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak memahami apakah maksud ‘Hibah’ dan fungsinya. Mungkin juga disebabkan itu, ramai yang menolak untuk mengambil hibah. Jika kita lihat, pengetahuan mengenai hibah ini telah banyak dikongsikan. Walaubagaimanapun masih ramai terlepas pandang mengenai kepentingan hibah ini.
Apa itu Hibah?
Hibah adalah suatu akad yang dilakukan oleh seseorang untuk memberikan hartanya secara sukarela kepada seseorang lain yang dikehendakinya ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan. Maksud lain hibah adalah suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup.Pemberian hibah tidak melalui kiraan faraid ataupun wasiat.
Seterusnya adalah beberapa perkongsian mengenai kepentingan hibah dalam keluarga.
Mengelakkan perebutan harta
Maksud hibah itu sendiri telah menjelaskan bahawa pemberian secara hibah ini tidak melalui kiraan faraid, di mana hanya waris sahaja yang berhak menerima. Berbeza dengan hibah di mana ianya adalah pemberian seseorang kepada yang dikehendakinya meskipun orang yang menerima hibah tersebut bukanlah daripada kalangan warisnya.
Pembahagian mengikut hasrat pemberi hibah
Berapa banyak jumlah dan bahagian harta yang ingin diberikan oleh pemberi kepada penama yang dikehendakinya adalah bergantung kepada pemberi. Sekiranya pemberi ingin menghibahkan sebuah rumah kepada penerima, maka sebuah rumah itulah yang akan diterima oleh penerima. Hibah ini boleh dikatakan sebagai hadiah daripada pemberi kepada penerima yang dikehendakinya.
Tidak boleh dituntut oleh waris yang lain
Sebagai contoh, jika pemberi telah menghibahkan sebuah aset miliknya seperti tanah kepada yang bukan waris, maka waris-waris pemberi hibah tiada hak untuk menuntut tanah tersebut daripada penerima hibah. Ini kerana hibah adalah pemberian daripada pemberi hibah kepada penerima secara sukarela.
Aset tunai tinggi untuk keluarga yang tersayang
Seringkali kita dengar setelah kematian suami khususnya, ramai isteri dan anak-anak yang terpaksa bersusah kerana hilang mata pencarian. Malah lebih menyedihkan, ada di kalangan waris si mati yang menjadikan faraid sebagai medan merebut harta tanpa mengambil tanggungjawab yang sepatutnya berlandaskan syarak.
Sekiranya mengikut kepada pembahagian faraid, aset tunai perlulah dibahagikan mengikut kepada bahagian kadar perkiraan setiap waris yang ditinggalkan. Namun, berbeza dengan hibah di mana pemberi hibah boleh menghibahkan seberapa banyak aset tunai yang dimilikinya kepada seseorang yang dia kehendaki.
Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam bagi menjamin masa depan kehidupan keluarga. Dengan adanya sedikit wang mahupun tempat perlindungan yang dihibahkan kepada isteri umpamanya, dapatlah si isteri menggunakannya untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak sementara menunggu proses pengurusan faraid selesai.
Sumber : Salam Web Today