Liberalisme : Fahaman Bebas Tanpa Batasan Agama : Pena Hijau

Liberalisme : Fahaman Bebas Tanpa Batasan Agama

20230908 taubat istiqamah solat
Umat Islam Umat Bertaubat
3 Jul 2025
20230908 taubat istiqamah solat
Umat Islam Umat Bertaubat
3 Jul 2025
20250717 liberalisme
icon follow us

Islam adalah satu cara hidup yang berlandaskan kepada wahyu Ilahi. Padanya mengandungi sistem kehidupan yang syumul dan lengkap demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya. Apa jua kebebasan sama ada aspek pemikiran, perundangan, kebudayaan dan sebagainya perlulah berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak. Kebebasan tanpa batas dan menyimpang daripada peraturan agama lambat-laun, bakal membawa kemudaratan kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Baru-baru ini umat Islam di Malaysia digemparkan dengan beberapa isu yang mencabar pihak berkuasa agama yang timbul daripada  tindakan oleh pertubuhan yang memperjuangkan kebebasan tanpa batasan agama. Ini termasuklah permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa kesesatan liberalisme dan pluralisme agama. Isu ini telah menimbulkan kegusaran umat Islam di negara ini.

Kes hampir sama pernah direkodkan sebelum ini berkaitan semakan kehakiman terhadap beberapa kesalahan jenayah di bawah Enakmen
Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Beberapa kes semakan kehakiman yang berlaku menunjukkan wujudnya usaha terancang yang berniat jahat untuk meruntuhkan kedudukan institusi Islam di Malaysia. Inilah salah satu ancaman liberalisme atau fahaman bebas tanpa batasan agama yang cuba menolak peranan Islam serta institusinya dalam negara.

Terdapat beberapa ciri liberalisme agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Pertama, menafsirkan semula nas al-Quran dan hadis untuk diselarikan dengan nilai barat yang negatif. Mereka mengemukakan kaedah tafsir baharu serta mengkritik al-Quran dan hadis untuk  menjatuhkan autoriti keduanya.

Perkara ini menyebabkan banyak penyelewengan yang berlaku ke atas tafsiran ayat al-Quran dan hadis. Antaranya menafsirkan perbuatan
songsang sesama jantina sebagai tidak haram sekiranya ia dilakukan dengan kerelaan.

Ciri kedua, menjadikan pemikiran logik akal semata-mata dalam menentukan kebenaran, baik atau buruk sesuatu, iaitu dengan membuat tafsiran yang menyeleweng sehingga membawa kepada penolakan terhadap al-Quran dan hadis. Keadaan ini turut menimbulkan  percanggahan antara wahyu dengan akal yang sihat.

Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan keduanya iaitu: kitab Allah (alQuran) dan sunnah nabi-Nya”

(Hadis Riwayat Malik, No hadis 1628)

Ciri liberalisme yang ketiga, mempromosi hak asasi manusia menurut acuan Barat. Bagi golongan liberal, manusia diberikan kebebasan mutlak untuk menentukan dan melakukan apa sahaja, termasuklah dalam soal agama, kerana ia merupakan hak asasi setiap manusia yang mesti dihormati dan tidak boleh dihalang.

Disebabkan itu, golongan liberal menyokong aktiviti hubungan bebas, LGBT dan perkahwinan sejenis, yang dianggap oleh mereka sebagai hak asasi manusia. Fahaman ini turut membenarkan manusia untuk berpegang dengan ajaran sesat atau menjadi ateis dan murtad, kerana ia termasuk dalam hak asasi manusia.

Pegangan liberal ini jelas bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang pertama iaitu kewajipan memelihara agama Islam (hifz al-Din). Umat Islam diperintahkan untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar dan pada masa yang sama perlu menolak sebarang  ajaran dan perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-An’aam, ayat 153 :

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًۭا فَٱتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang benarlurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (selain Islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”

Ciri keempat, menolak autoriti ilmu daripada ulama muktabar. Mereka mempromosikan kebebasan berijtihad kepada sesiapa sahaja sekalipun tanpa kelayakan berijtihad. Mereka juga menuduh para ulama sebagai tidak adil dan ketinggalan zaman. Tujuan mereka agar umat Islam menjauhi ulama, sekaligus memudahkan dakyah mereka.

Kesimpulannya, marilah kita sentiasa mengambil cakna terhadap sebarang fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Liberalisme merupakan salah satu ancaman yang bukan sahaja boleh membawa kerosakkan kepada akidah, malah ia boleh memberi ancaman kepada kestabilan negara.

Oleh itu, setiap Muslim mesti mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada dirosakkan oleh golongan liberal. Umat Islam perlu terus didedahkan dengan ciri-ciri pemikiran liberal agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang propaganda jahat liberalisme

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Liberalisme : Fahaman Bebas Tanpa Batasan Agama
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more