123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!

JomShopping

ane dcolzz plus susu kolostrum dgn ekstrak kurma
Dcolzz Plus Susu Kolostrum Dengan Ekstrak Kurma
23 Apr 2019
ane bisnes lazada
Bisnes Lazada
30 Sep 2019

123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!

Pening Kepala Duit Asyik Tak Cukup Je Setiap Bulan? 123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!

RM27.00

Buy Now

SKU: KJ-20190726-ZZ-TJ Categories: , Tags:
icon follow us

123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah! | Pening Kepala Duit Asyik Tak Cukup Je Setiap Bulan? Baiklah! Izinkan Saya Kongsi “3 KAEDAH” Yang Boleh Anda Lakukan Untuk ATASI “Masalah Tak Cukup Duit” Setiap Bulan!!

Kaedah #1 – Pinjam Duit!

Kaedah pinjam ini, hanya sesuai digunapakai kalau kita memang terdesak nak gunakan duit segera sekali-sekala, yang mana, duit pinjaman tersebut, memang MAMPU untuk kita bayar dan selesaikan dalam tempoh kurang sebulan.

Kaedah #2 – Tambah Duit!

kaedah “Tambah Duit” ini memang sangat bagus dilakukan untuk mengatasi masalah “tak cukup duit” setiap bulan. Namun begitu, ia memerlukan banyak ilmu, serta masa yang sedikit panjang untuk membuahkan hasil.

Kaedah #3 – Jimat Duit!

Langkah pertama untuk jimat duit setiap bulan adalah dengan cara menyenaraikan semula semua perbelanjaan bulanan kita. Kemudian, dari senarai tersebut, kita teliti satu demi satu, fikirkan dan pertimbangkan semula, adakah perbelanjaan tersebut boleh dibatalkan? atau ditukar? atau dikurangkan?.

Semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang “kaedah jimat duit” ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya.

Maka dengan itu terhasillah sebuah ebook… 123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

E-book “123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT” ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna.Saya menulis ebook ini dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran.

Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini

  1. Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  7. Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
  8. Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
  9. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
  10. Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  11. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  12. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  13. Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
  14. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

Kenapa Anda Mesti Mendapatkan Ebook Ini?

Ebook ini paling lengkap merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita.

Terdapat 123 tips mudah yang praktikal dan sesuai diamalkan majoriti rakyat Malaysia.

Ebook tips mudah berjimat cermat ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

E-book ini adalah wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, selesai hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat fizikal dan mental, tidak kira sama ada anda masih bujang apatah lagi sudah berkeluarga.

Dengan setiap pembelian ebook ini, saya akan berikan 3 buah ebook bonus hari ini! Ketiga-tiga ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi strategi penjimatan dan penyimpanan wang anda agar menjadi lebih mudah! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!

BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

Di dalam situasi sekarang, yang mana peruntukan wang menjadi begitu terhad. Maka disini, saya berikan anda 9 idea yang boleh anda lakukan untuk menjana wang tambahan bagi pendapatan anda tanpa mengeluarkan sebarang modal berbentuk wang. Anda boleh lakukannya tanpa mengeluarkan sebarang kos. Apa yang diperlukan, hanyalah sedikit masa dan usaha!

BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

Antara cara yang paling pantas untuk menjana wang tambahan, adalah dengan menjual kemahiran yang sudah kita miliki. Kemahiran itu pula, selalunya ada pada hobi yang sering kita lakukan dan minat. Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan duit sampingan dari 10 jenis hobi, yang mana, mungkin salah satu daripadanya memang merupakan hobi yang sering anda lakukan.

BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI

Jika kita sering merasakan duit sentiasa tidak cukup,hutang pula semakin bertambah. Mungkin kita perlu lihat juga dari aspek rohani. Mungkin ada amalan-amalan yang kita lakukan selama ini tidak begitu sempurna yang mana, ianya mungkin menjadi penyebab rezeki itu terhalang untuk sampai kepada kita. Oleh itu, di dalam ebook ini, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki dan sekaligus, menjemput rezeki datang menderu-deru kepada anda tanpa anda sangka-sangka.

Penulis

Zahid Zainal

Penulis eBook Tips Jimat


Ingin dapatkan senarai buku & ebook yang lain? Boleh klik pautan berikut : Senarai Buku & Komik
Penulis

Zahid Zainal

Penerbit

Klikjer Publishing

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!”
123 Tips Jimat & Simpan RM1000 Sebulan Dengan Mudah!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more