WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur : Pena Hijau

WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur

ANE 20230516 hari guru
Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
15 May 2023
ANE 20230528 secret garden 02
Putrajaya Secret Garden – Ke Dunia Avatar Di Putrajaya
30 May 2023
ANE 20230516 hari guru
Selamat Hari Guru – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
15 May 2023
ANE 20230528 secret garden 02
Putrajaya Secret Garden – Ke Dunia Avatar Di Putrajaya
30 May 2023
ANE 20230528 wordpress meetup kl 20th celebration
icon follow us

WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur | Sempena sambutan 20 tahun WordPress, Abey bercadang nak join skali event ni. Sebelum ni Abey pernah join event JoomlaDay beberapa tahun lepas. Alang-alang event ni dibuat dalam cuti sekolah, so apa lagi terus Abey daftar untuk join. Pendaftaran percuma je. Bawak anak bini bercuti dan nak merasa MRT baru. Menyelam sambil minum air.

Lepas sarapan pagi Jumaat 6 Zul Qaedah 1444 bersamaan 26 Mei 2023 pukul 9 am, Abey terus bertolak menuju ke Putrajaya. Singgah kejap kat Wakaf Che Yeh untuk beli makanan frozen untuk orang Putrajaya. Dalam perjalanan hujan lebat sekejap lepas terowong Karak dan jem nak masuk KL. Pukul 4.30 pm baru selamat kami sampai di Putrajaya. Singgah makan sekejap kat Restoran Nasi Ayam Hainan di Presint 8.

Pagi Sabtu pukul 10 am, Abey turun dari rumah ke Putrajaya Sentral. Park kereta kat situ. Terus gi kat MRT Laluan Putrajaya. Awal turun. Padahal event tu start pukul 2 pm. Saja je Abey turun awal. Nak ronda-ronda KLCC kejap. Pukul 10.30 am Abey naik MRT menuju ke stesen Persiaran KLCC. Kena singgah 16 stesen untuk sampai ke stesen Persiaran KLCC. Harga tiket Putrajaya ke Persiaran KLCC bergantung pada jenis pembayaran. Kalau cashless dapatlah harga murah sikit RM3.80. Kalau tunai harga RM4.30. Beza samah jugok tu. Korang guna je kad Touch n Go macam Abey guna. Dapat lah harga RM3.80 tu.. hehe

Perjalanan MRT Putrajaya ke Persiaran KLCC dalam 40 minit jugak la. Sampai di stesen Persiaran KLCC, Abey kena berjalan dalam 10 minit untuk ke KLCC.

KLCC dari Stesen MRT Laluan Putrajaya Persiaran KLCC

KLCC dari Stesen MRT Persiaran KLCC

Ronda-ronda Abey dalam KLCC tu sampai jam 1.30 tengahari. Dari KLCC nak ke tempat WP Meetup tu, abey kena berjalan dalam 15 minit. Meetup tu buat kat pejabat MU Dot My kat Jalan Yap Kwan Seng. Tengah Abey duk pening kat bangunan Megan Avenue 2 mencari ofis MU Dot My ni, ada orang menyapa dari belakang Abey… “Do you join the WordPress Meetup?” Ahh sudah.. Terpaksa Abey simpan botol budu Abey… “Yes I’m. This is my first time here. Still searching the place“. Dia pun jawab, “Ya.. me too“. Abey tanya dia asal daripada mana.. Dia jawab daripada Tokyo, Jepun. Wow… jauhnya.

Lepas puas mencari, akhirnya terjumpe sorang pak guard. Lah.. kena masuk kat situ rupanya.. Finally sampai juga kami di ofis MU Dot My. “Thanks for your helping“, kata orang Jepun tu kat Abey. “Welcome“, balas Abey dengan senyuman. Disebabkan program belum start lagi, kami berborak pasal WordPress, Joomla, Drupal, sistem, programming… boleh tahan jugak dia ni..

Lepas sorang-sorang masuk dalam bilik meeting, ada yang Abey cam muka sebab pernah nampak dalam event JoomlaDay. Ada yang Abey tak pernah tengok. Nampak macam power-power semua. Terus Abey rasa kerdil je dalam majlis tu.. ditambah pulak dengan Roger, orang Jepun duk sebelah Abey ni. Hebat-hebat belaka…

ANE 20230528 wp20 07

Sebelah Abey ni Roger dari Tokyo, Jepun.

Sam Suresh selaku organizer event ni dan juga pengurus MU Dot My memulakan ucapan dia. Baru Abey tahu selain Roger, ada lagi Mayo, organizer WP Meetup dari Jepun dan beberapa orang dari Singapura. Buat masa sekarang WP Meetup di Malaysia hanya ada Kedah, KL dan Sabah. Bila part Sam tanya sape yang bukan dari KL, beberapa orang angkat tangan. Ada yang datang dari Johor dan belah-belah pantai Barat Semenanjung. Bila part Sam tanya Abey…

Sam : “Where do you come from sir?”
Abey : “Kelantan”
Sam : “Just to come for this event?
Abey : “Yup”

Semua tepuk tangan kat Abey.. Yakkk malu pulak Abey. Padahal si Roger lagi datang jauh daripada Abey. Sam sempat bagi tahu mungkin satu hari nanti Kelantan boleh organize meetup macam ni dengan slang Kelantan. So kat sini, Abey nak maklum kalau ada mana-mana pihak yang nak anjurkan WP Meetup khas untuk Pantai Timur, boleh lah contact dengan pihak Sam. Sam amat-amat mengalu-alukan.

Dalam meetup ni, beberapa orang ada kongsikan idea dan pengalaman diorang dengan WordPress. Ada yang guna untuk bisnes, blogging dan untuk berkempen. Rupanya ada calon YB jugak dalam event ni, Lee Wai Hong calon bebas untuk parlimen Seputeh. Dia borak dengan Abey pasal Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal tiba bulan Julai ni terutamanya untuk negeri Kelantan. Dia jangkakan Perikatan Nasional (PN) boleh kekal lagi di beberapa negeri.

ANE 20230528 wp20 0102
IMG-20230528-WA0000

Yang baju putih depan Abey tu, calon YB Seputeh PRU15 baru ni.

Selesai acara potong kek sempena 20 tahun WordPress, kami masing-masing menjamu selera yang disediakan oleh pihak penganjur sambil-sambil networking antara satu sama lain. Sempat la kenal beberapa orang, Network Engineer kat CELCOM, Software Developer dan lain-lain. Mantap-mantap semua… Tapi Abey tak boleh lama. Terpaksa bergerak pulang pukul 4.30 petang.

ANE 20230528 wp20 09 (1)

Tempat ke-3 jawab soalan kuiz. Dapat la saguhati sikit. Hehe…

ANE 20230528 wp20 0104

Sesi Bergambar di kek.

Pukul 6 petang Abey sampai di rumah. 8 ringgit jugak la kena bayar parking kereta kat Putrajaya Sentral tu. Total berjalan Abey hari tu 14,063 langkah. Hahaha…

ANE 20230528 wp20 10 (1)

Insha Allah kalau ada rezeki, boleh join WordPress Malaysia pulak yang dijangka dalam bulan September 2023.

#WordPress #WordPress20 #WP20

 

 

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
WordPress 20th Celebration Meetup di Kuala Lumpur
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more