Di sini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan / bisnes air balang!
ANGGARAN KOS PERMULAAN!
———————————————-
Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang.
- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
———————————————-
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.
POTENSI JUALAN & UNTUNG?
———————————————-
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari. Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3. Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian… RM405 – RM100 = RM305
Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)…
RM305 X 25hari = RM7,625
UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!
BAGAIMANA?
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini! Boleh dapatkan ebook ini.
Penulis : Mizan Sulaiman