Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Panduan Bisnes Lazada Ini?
Dalam ebook panduan ini, saya dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Lazada, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada cara nak pos barang tu kepada pembeli!
Ia memang complete! Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam ebook ini ialah..
- Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada. Saya tunjukkan langkah demi langkah secara bergambar, bagaimana untuk mendaftar dengan betul untuk menjadi penjual di Lazada.
- Cara Listing Produk Yang Tepat! Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyenaraikan produk anda di website Lazada. Dalam ebook ini, saya tunjukkan secara bergambar step-by-step bagaimana melakukannya. Ada beberapa bahagian penting yang perlu anda titik beratkan sewaktu membuat penyenaraian barangan anda. Jika anda tidak “cakna” tentang perkara ini, anda mungkin akan mengalami kerugian!
- Cara Proses Order! Ah ha! Mungkin bunyi macam mudah… Apa yang susahnya? Bila dah dapat order… hantar sahajalah barang tu kepada customer! Tapi… Disinilah kesilapan yang telah saya lakukan dan menyebabkan saya kerugian RM500 untuk order pertama yang saya terima di Lazada! Semuanya hanya disebabkan saya terlupa klik satu “Link” pada bahagian memproses tempahan ini!
- Cara Selesaikan Masalah Pelanggan! Ya! Setelah anda berjaya menjual kepada ramai orang, pastinya akan wujud satu dua masalah yang perlu anda hadapi! Antaranya seperti barangan tidak sampai kepada pelanggan, barang rosak apabila sampai ke tangan pelanggan dan sebagainya! Jadi, ada satu bab dalam ebook ini saya ceritakan, bagaimana untuk menangani masalah tersebut dengan profesional.
- Cara Promosi Produk Anda Di Lazada! Walaupun di Lazada sudah ada berjuta pelawat sebulan, tetapi anda juga perlu lakukan sedikit promosi agar barang anda dapat menarik perhatian pembeli dan membolehkan barangan anda terjual dengan lebih cepat dan lebih banyak. Pihak Lazada sudah menyediakan 7 tools yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan anda! Saya tunjukkan setiap satu cara menggunakannya!
- Cara Design Lazada Store Anda! Susunatur kedai yang cantik dan kelihatan profesional akan membantu Lazada store anda untuk lebih menonjol berbanding kedai lain. Ia juga akan mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk membeli di kedai anda! Saya tunjukkan juga bagaimana cara untuk melakukannya!
- Cara Promosi Lazada Store Anda! Ada 7 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan kedai Lazada anda! Semuanya dilakukan secara Percuma sahaja!
- Sumber Borong Produk. Ada beberapa tempat dan website yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber produk secara borong! Saya kongsikan sumber tersebut
- Cara Jual Produk Secara Dropship! Ah ha! Nak jual produk secara Dropship di Lazada ni ada lain sikit! Tak sama seperti anda menjual produk dropship di Shopee, Facebook ataupun Instagram! Dalam panduan ini, ada satu bab khusus, saya tunjukkan cara yang sebetulnya… bagaimana mahu menjual produk secara dropship di Lazada!
Bonus Tambahan 2 Buah Ebook Special!
- PANDUAN EXPRESS BERNIAGA DI LELONG
- EXPOSED! GAYA SANTAI URUS BISNES DI LAZADA!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
✕Penulis
Ingin dapatkan senarai buku & ebook yang lain? Boleh klik pautan berikut : Senarai Buku & Komik
✕Penulis | John Jenin |
---|---|
Penerbit | Klikjer Publishing |
You must be logged in to post a review.
Reviews
There are no reviews yet.