Rahsia Bisnes Tudung

JomShopping

ane suami unggul
Suami Unggul – Panduan Menangani Suami Bermasalah
4 May 2016
ane rahsia 1688
Rahsia 1688
16 Jul 2018

Rahsia Bisnes Tudung

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

RM80.00

Buy Now

SKU: KJ-20180406-MM-BT Categories: , Tags:
icon follow us

Ebook Rahsia Bisnes Tudung ini mengandungi 2 buah ebook! Ebook pertama mengandungi ilmu serta pengalaman saya, bagaimana saya bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan, dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung. Ebook Kedua pula, saya fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini? Baiklah! Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas… saya terangkan apa yang terdapat pada setiap bab di dalam ebook ini!

  • BAB 1 : BELAJAR MENJUAL. Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda! Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual! Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung! Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat! Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.
  • BAB 2 : APA & SIAPA? Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini! Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. 🙂
  • BAB 3 : SUPPLIER. Hah! Ini RAHSIA BESAR di dalam ebook ini! Saya bongkarkan 5 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung! Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop! Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup! Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!
  • BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU. Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja! Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, saya takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan. Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah “real”!. Saya kongsikan banyak tips mencari model yang “real” di dalam bab ini!
  • BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA. Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini! Saya tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung. Dalam bab ini juga, saya kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!
  • BAB 6 : AYAT IKLAN. Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun saya kongsikan dalam ebook ini! Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda. Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!
  • BAB 7 : LUBUK JUALAN. Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual! Dalam bab ini, saya bukan share 2 atau 3 lubuk jualan… tetapi, saya kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda! Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini… atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda. Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!
  • BAB 8 : PACKAGING. Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, saya kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.
  • BAB 9 : PENGHANTARAN. Dalam bab ini, saya kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Saya juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!
  • BAB 10 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN. Hah! Ini adalah bab yang paling HOT! Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana saya menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan. Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk. Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Bonus Tambahan Nak Beri Kepada Anda!

  1. Bonus #1 : Produk Killer Musim Raya
  2. Bonus #2 : Tips, Nasihat & Motivasi Bisnes
  3. Bonus #3 : Dropship Tudung!

Banner Bisnes Tudung 728x90

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Penulis

Madihah Mustafha

Founder Hook Scarf & Penulis Ebook Rahsia Bisnes Tudung


Ingin dapatkan senarai buku & ebook yang lain? Boleh klik pautan berikut : Senarai Buku & Komik
Penulis

Madihah Mustafha

Penerbit

Klikjer Publishing

1 review for Rahsia Bisnes Tudung

  1. Hamba Allah

    Alhamdulillah. Ebook yang mudah untuk difahami. Penjelasan yang sangat baik. Daripada seorang lelaki yang xtahu pape pasal tudung, terus boleh tahu kat mana nak cari supplier apa semua. Dan mula launch first tudung bawal tanpa rasa ragu2. Bagi sy, sy rekemen sangat kepada semua yang berminat nak try bisnes tudung untuk dapatkan Ebook ini. This is the right E-book untuk sesiapa ingin menjual tudung.

Add a review
Rahsia Bisnes Tudung
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more