Rahsia Rumah Lelong : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

JomShopping

ane ikan tilapia
Ikan Tilapia
30 Nov 2009
ane rahsia temuduga kerajaan
Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan
6 Apr 2015

Rahsia Rumah Lelong

Rahsia menjana pendapatan lumayan dengan rumah lelong.

RM50.00

Buy Now

SKU: KJ-20101115-ATJ-RRL Categories: , Tags:
icon follow us

Ebook ini menyediakan panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah :-

  1. Bab 1 : Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong. 6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.
  2. Bab 2 : Sebab-sebab Hartanah Dilelong. 5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.
  3. Bab 3 : Persediaan Awal Sebelum Melabur. 7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.
  4. Bab 4 : Modal Memulakan Pelaburan Hartanah. 7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.
  5. Bab 5 : Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong. Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.
  6. Bab 6 : Jenis-jenis Lelongan. Ada 3 jenis lelongan yang perlu anda ketahui sebelum anda menyertai mana-mana majlis lelongan!
  7. Bab 7 : Perbezaan Hartanah Hak Milik Kekal & Pajakan! Ketahui dengan jelas, apakah beza hak milik kekal dan hak milik pajakan bagi sesuatu hartanah!
  8. Bab 8 : Di mana Nak Beli Hartanah Lelong? Hah! Dah ada modal! dah tahu jenis hartanah, jenis lelong dan status pemilikan! Sekarang.. masa untuk memburu hartanah lelong pula! Tapi… nak memburu kat mana? Dalam bab ini didedahkan 6 lubuk hartanah lelong!
  9. Bab 9 : Membeli Hartanah Pra-lelongan. Sebenarnya anda boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong lagi. Kaedah ini sebenarnya lebih power dan berbaloi dari membeli rumah lelong di majlis lelongan! Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.
  10. Bab 10 : Persedian Sebelum Tiba Hari Lelongan! Sebelum tiba hari lelongan, ada 5 perkara yang perlu anda selesaikan terlebih dahulu agar anda tidak tersilap langkah dan menanggung kerugian berpuluh atau beratus ribu! Ini adalah bab yang paling kritikal dan perlu anda ketahui sebelum masuk mana-mana majlis lelongan!
  11. Bab 11 : Membida Di Hari Lelongan. 6 Tips yang boleh anda amalkan sewaktu berada di majlis lelongan! Tips ini amat penting agar anda tidak “dimainkan” oleh otai-otai lelong yang lain!
  12. Bab 12 : Membeli Hartanah Pasca Lelongan. Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.
  13. Bab 13 : Mendapatkan Pembiayaan Bank. Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.
  14. Bab 14 : Memohon Surat Kebenaran. Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.
  15. Bab 15 : Ubahsuai Rumah. Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.
  16. Bab 16 : 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong. Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.
  17. Bab 17 : Ringkasan Keseluruhan Langkah-Langkah Membeli Rumah Lelong. Bab ini memberkan gambaran besar (big picture) bagaimana proses dari mula anda hendak menceburkan diri dalam urusan membeli rumah lelong, hinggalah kepada urusan memasuki rumah tersebut dan menyewakannya kepada orang lain! Jika anda kekurangan masa, membaca bab ini sahaja sudah cukup memberikan gambaran kasar keseluruhan proses membeli rumah lelong!
  18. Bab 18 : 10 Kesilapan Dahsyat Pembeli Hartanah Lelong! Bab ini juga sangat penting! Dengan membaca bab ini sahaja, ianya mampu menyelamatkan puluhan ribu wang anda! Sebab, dalam bab ini, saya kongsikan real case kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh client saya sewaktu membeli hartanah lelong!

Banner Rahsia Rumah Lelong 728x90

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Penulis

Tarmizi Jusoh

Peguam & Pelabur Hartanah


Ingin dapatkan senarai buku & ebook yang lain? Boleh klik pautan berikut : Senarai Buku & Komik
Penulis

Ahmad Tarmizi Jusoh

Penerbit

Klikjer Publishing

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rahsia Rumah Lelong”
Rahsia Rumah Lelong
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more