Dosa Terhadap Ibu Bapa Dibalas Allah di Dunia, Jangan Dicemuh Ketika Usia Tua Mereka
28 Aug 2020Pemimpin dan amanah
29 Aug 2020Konsep ‘ego’ dalam Islam adalah lebih rumit daripada apa yang kita ketahui. Ia adalah istilah yang terdapat dalam al-Quran yang bermaksud ‘nafs’ atau ‘nafsu’. Secara umumnya, ia bermaksud ‘diri’ seseorang. Sangat hampir dengan istilah ‘ego’ tetapi ia berbeza. Nafsu bermaksud ‘keperibadian individu’ dengan kecenderungan tertentu. Kecenderungan itu mungkin dalam melakukan kebenaran atau dosa bergantung kepada petunjuk nafsu. Gesaan tindak balas daripada ego.
Perkataan ego berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud ‘saya’. Ia adalah sebahagian daripada nafsu yang memulihara kepentingan jiwa seseorang. Meletakkan ia melebihi kekuasaan Allah SWT adalah berbahaya, kerana manusia berubah-ubah dan kehilangan arah tanpa petunjuk Allah. Namun, rawatan kepada penyakit ego ini banyak kebaikannya daripada terus menderita menahannya.
Ramai sarjana menyarankan untuk membunuh ego, melancarkan perang serta mengalahkannya tanpa belas kasihan. Tetapi adakah ia benar-benar boleh dilakukan? Ego adalah sebahagian daripada diri kita, ia telah dimasukkan ke dalam diri semasa kita dicipta oleh Allah SWT, kerana ia adalah kehendak dan ketetapan-Nya. Ia adalah salah satu daripada pelbagai ujian yang Allah kurniakan kepada orang yang beriman. Namun ego boleh jadi baik kepada anda selagi anda boleh mengawalnya.
Secara umumnya ego difahami sebagai keangkuhan yang sombong. George Harrison gitaris kumpulan The Beatles menggambarkannya sebagai ‘I, Me, Mine’ (saya, aku, aku punya). Tetapi dalam pengertian yang lebih tepat, ‘ego’ bermaksud ‘saya’. Walaupun ‘saya’ ini boleh membuatkan diri menjadi sombong, ia juga boleh menjadi daya pendorong yang positif.
Namun, ada satu syarat. Syaratnya adalah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dalam apa sahaja yang anda lakukan. Ego boleh mendatangkan kemusnahan apabila anda membenarkannya percaya bahawa ia mempunyai kuasa tersendiri di dunia ini, dan sebagai sumber kepada pencapaian anda sehingga tidak perlu lagi meminta pertolongan Allah dalam apa jua perkara.
Peningkatan ego seperti ini terang sekali adalah kerja syaitan. Setelah mempertimbangkan perkara ini, dapat disimpulkan bahawa anda boleh menjadi hamba kepada nafsu dan mangsa kepadanya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Ia perlu dibendung dengan doa dan taubat.
Hanya Allah SWT sahaja yang menjadi sumber kepada semua pencapaian kita sebagai manusia. Dia memberi peluang kepada kita untuk menyedarinya dan memberi kekuatan untuk menempuhinya. Penyerahan diri kepada Allah sahaja memungkinkan segala sesuatu berlaku di dunia ini. Selagi anda memuliharanya, segala kisah di sebalik ego akan menjadi lebih baik.
Sebagai kebanggaan peribadi dalam maksud yang lebih positif, ego boleh menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan. Mencipta kejayaan untuk diri anda sendiri adalah perbuatan yang berdosa tetapi mengejar kejayaan atas nama Allah SWT adalah perbuatan yang baik.
Zaman Keemasan Islam telah menghasilkan banyak kegemilangan tentang perkara ini. Keegoan cendekiawan seperti Ibnu Sina dan alBiruni dan banyak lagi berkeinginan mencapai kejayaan dalam ilmu pelajaran maka Allah SWT membalas keinginan mereka dengan memberi ilmu pengetahuan. Mereka mengecapi kejayaan dengan nama Allah dan atas nama Allah yang Mulia dan Bijaksana.
Pemberian yang sama ini akan diberi kepada sesiapa sahaja yang memilih untuk menundukkan egonya kepada Allah SWT dan mendoakan keinginannya agar kejayaan dapat dicapai. Cabaran sebenar bahagian ego dalam diri seseorang adalah untuk tetap menjadi hamba Allah yang tidak bongkak. Dan itulah yang seharusnya menjadi matlamat ego seseorang yang mencari kebenaran.
Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Sumber : Salam Web Today