
44 Tahun Bersama – Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayah & Mak ❤️
12 May 2026
Alhamdulillah, kali ini Abey diberikan peluang untuk menghadiri lawatan kerja ke Kuching sempena lawatan ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pada keesokan harinya, 15 Mei 2026.
Perjalanan kali ini terasa sedikit istimewa kerana ini juga merupakan kali pertama Abey menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra selepas kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian siap sepenuhnya serta dirasmikan oleh PMX Anwar Ibrahim.
Hantar Alya Ke Sekolah Dulu 😊
Pagi bermula seperti biasa. Lepas hantar Alya ke sekolah, Abey terus bersiap untuk ke airport dengan dihantar oleh adik bongsu Abey, mak dan ayah. Walaupun lawatan kerja, dalam hati tetap ada rasa teruja sebab dah lama tak terbang dan kali ni ke Bumi Kenyalang.
Suasana di airport pun nampak lebih moden dan selesa berbanding sebelum ini. Memang terasa perubahan selepas proses naik taraf dibuat.

Penerbangan terus dari Kota Bharu ke Kuching lebih kurang pukul 11 pagi dan Alhamdulillah selamat tiba sekitar jam 1 tengah hari.
Tiba di Kuching & Check-In Harbour View Hotel
Sebaik sahaja ambil beg di airport Kuching, kami disambut oleh wakil Jabatan Akauntan Negara Negeri Sarawak. Kemudian kami terus bergerak menuju ke Harbour View Hotel dengan bantuan saudara Hakim yang menjadi pemandu rombongan kami sepanjang berada di Kuching.

Perjalanan dari airport ke hotel agak lancar. Sampai di hotel sekitar jam 1.30 petang.
Lokasi hotel memang strategik kerana dekat dengan beberapa lokasi menarik di bandar Kuching termasuk waterfront, kedai makan dan tempat membeli-belah.
Bilik hotel pun selesa dan sesuai untuk trip kerja macam ni. Cuma satu je yang Abey tak berkenan. Tiada paip air sebelah tandas… Dapat pulak bilik yang view tak berapa cantik.

Jalan-Jalan Cari Makan & Ole-Ole Kuching 🍰
Lepas berehat sekejap, sekitar jam 3.30 petang kami mula bergerak sekitar bandar Kuching.
Antara lokasi yang sempat dikunjungi ialah:
- Mira Cake House
- Kek Lapis Sarawak Mama Su
- Kubah Ria Complex
- Mita
Kalau datang Sarawak memang tak sah kalau tak cari kek lapis 😄
Macam-macam jenis dan warna ada. Memang rambang mata dibuatnya. Ada yang rasa masam manis, coklat, cheese dan macam-macam lagi.

Mee Kolok Kubah Ria Memang Padu 🍜
Salah satu menu wajib bila sampai Kuching mestilah mee kolok.
Kami sempat menikmati mee kolok di kawasan Kubah Ria. Abey order Mee Kolok Ayam. Ringkas tapi sedap. Tekstur mee dia memang lain daripada mee biasa di Semenanjung. Harga RM10.
Kuah dan ayam dia pula cukup rasa. Memang puas hati.
Malam Santai Dengan Roti Nan
Malam pula, Abey bersama rakan sekerja, Abe Sin keluar mencari makan malam dan singgah di Ceylonese Restaurant. Belakang hotel je.

Menu pilihan malam tu mestilah roti nan 😄. Kami order roti nan cheese. Boleh tahan la. Patut la ramai customer sampai menunggu giliran meja kosong. Roti nan cheese dengan air lemon sejuk dalam RM20.50
Kuching: Bandar Yang Tenang & Menarik
Sepanjang beberapa jam pertama berada di Kuching, Abey dapat rasakan bandar ni cukup tenang dan tersusun. Trafik pun tak dengar lagi setakat ni yang bunyikan hon. Penyabar betul orang Sarawak.
Penutup
Alhamdulillah, hari pertama di Kuching berjalan lancar walaupun jadual agak padat.
Esok pula lawatan rasmi ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Semoga semuanya dipermudahkan.
Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa mendoakan perjalanan Abey. Doa dan ingatan kalian memang sangat dihargai ❤️
Kalau anda pernah ke Kuching, cuba share tempat makan atau lokasi menarik yang wajib Abey cuba nanti 😄
Jangan lupa:
👍 Like
🔁 Share
💬 Tinggalkan komen di bawah
Terima kasih kerana singgah membaca di blog Abey 😊





