
Jejak Pertama Abey ke Kuching Sarawak – Mee Kolok, Kek Lapis & Harbour View Hotel
14 May 2026
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan kerja Abey bersama delegasi Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di Kuching.
Walaupun jadual agak padat, pengalaman kali ini memang sangat bermakna. Selain dapat menghadiri program rasmi dan perkongsian ilmu, Abey juga sempat menikmati suasana bandar Kuching, makanan tempatan dan beberapa lokasi menarik di sana.
Jumaat, 15 Mei 2026 – Hari Program Business Matchmaking
Pagi bermula seawal jam 5 pagi. Awal betul subuh di Sarawak 😄
Waktu Subuh masuk sekitar jam 5.19 pagi.
Lepas siap solat dan bersiap, Abey turun bersarapan di Cafe Harapan, Harbour View Hotel sekitar jam 7 pagi.
Menu sarapan pun banyak pilihan dan memang sesuai untuk mulakan hari yang sibuk.
Program Business Matchmaking di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
Sekitar jam 8.20 pagi, kami bertolak ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak untuk menghadiri Program Business Matchmaking.
Ketibaan delegasi kami disambut mesra oleh beberapa wakil jabatan sebelum dibawa ke bilik persidangan di tingkat 9.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada:
- Christopher Danan Anak Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak
- Dato’ Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan
Kemudian diteruskan dengan sesi taklimat, pembentangan dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh:
- Puan Sharifah Rodziah Binti Sayeed Aman Ghazali, Penolong Akauntan Negeri Sarawak
Banyak perkongsian menarik berkaitan pengurusan kewangan, sistem kerja dan pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua jabatan.
Program macam ni memang bagus sebab bukan sekadar lawatan biasa, tetapi membuka ruang networking dan pertukaran idea antara negeri.
Selesai taklimat, pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menyediakan jamuan makan tengahari.

Lawatan ke Borneo Cultures Museum 🏛️
Lepas solat dan rehat di hotel, sekitar jam 2.30 petang kami bergerak ke Borneo Cultures Museum.
Memang besar dan menarik muzium ni. Banyak pameran berkaitan budaya, sejarah dan warisan masyarakat di Borneo.
Bagi Abey, tempat macam ni memang sesuai untuk tambah ilmu sambil mengenali budaya masyarakat Sarawak dengan lebih dekat.

Laksa Sarawak Pertama Abey 🍜
Sekitar jam 5.20 petang, kami singgah makan di Mom’s Laksa Cafe.
Abey cuba laksa Sarawak kosong dengan tambahan ayam sebab Abey memang tak makan udang 😄
Rasa dia bagi Abey macam gabungan mee kari tetapi dengan identiti tersendiri. Kuah dia memang pekat dan berempah.
Lepas makan, kami singgah pula di Kek Lapis Warisan untuk cari ole-ole sebelum sempat bergambar di Tugu Kucing, mercu tanda ikonik bandar Kuching.
Kalau datang Kuching tapi tak bergambar kat Tugu Kucing memang tak lengkap 😄




Malam Santai di Kuching Waterfront ✨
Malam pula sekitar jam 8.30, Abey bersama rakan-rakan makan malam sekali lagi di Ceylonese Restaurant.
Kali ni Abey cuba tosey pula. Sedap dan rangup.
Yang menariknya, sempat juga bergambar dengan pemilik restoran bersama kereta Ferrari miliknya 😄 memang rare!
Lepas makan, kami berjalan santai sekitar Kuching Waterfront sambil menikmati lampu-lampu hiasan di pokok sekitar waterfront.
Memang cantik waktu malam.
Tak lupa juga pertunjukan air di sungai berhampiran Darul Hana Bridge yang menjadi antara tarikan utama pelancong di Kuching.


Sabtu, 16 Mei 2026 – Hari Pulang ✈️
Lepas Subuh, misi paling mencabar bermula… packing 😆
Nak susun pakaian, kek lapis dan cenderahati dalam beg memang pening juga dibuatnya.
Lepas checkout sekitar jam 8.20 pagi, kami singgah di Medan Niaga Satok untuk beli ikan terubok sebelum ke Mira Cake House sekali lagi.
Kemudian dapat info penerbangan dari Kuching ke KLIA delay ke jam 1.50 petang.
AirAsia Belanja McD Sebab Flight Delay 🍔
Kami tiba di airport Kuching sekitar jam 11.20 pagi.

Lepas check-in bagasi dan makan tengah hari di medan selera airport, Abey terus siap-siap solat jamak.
Disebabkan flight delay, pihak AirAsia turut memberikan burger McD dan air mineral kepada penumpang.
Transit di KLIA pula tak lama sebelum sambung penerbangan ke Kota Bharu sekitar jam 4.20 petang.
Alhamdulillah, selamat mendarat di Kota Bharu sekitar jam 6 petang.
Selesai satu pengalaman yang sangat berharga buat Abey, Alhamdulillah…
Selain mendapat ilmu dan pengalaman baru, lawatan ini juga membuka peluang untuk mengenali budaya serta suasana kerja di negeri lain.
Ribuan terima kasih Abey ucapkan kepada Dato’ Haji Roslan bin Yahya kerana memberikan peluang kepada Abey untuk menyertai delegasi lawatan ini.
Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan sekerja yang turut sama sepanjang perjalanan ini. Banyak memori, gelak tawa dan pengalaman yang pasti akan dikenang.
Terima kasih juga saudara Hakim yang menjadi pemandu kami dan sabar melayan kerenah kami sepanjang berada di Kuching, Sarawak.
Tidak lupa juga kepada semua sahabat dan pembaca yang sentiasa mendoakan perjalanan Abey. Segala doa dan ingatan kalian amat dihargai ❤️
Kalau anda pernah ke Kuching, tempat mana paling best yang pernah anda pergi?
Jangan lupa:
👍 Like
🔁 Share
💬 Tinggalkan komen di bawah
Terima kasih kerana singgah membaca di blog Abey 😊





