Kesederhanaan
30 Nov 2010Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran
3 Dec 2010Dari bujang hingga kahwin 1… 2… 3… Ops! Sampai 4 jer.
Dari pakai moto kap… kancil… Proton… Honda… BMW… MBenz.
Dari badminton… tennis… golf.
Dari rumah sewa… rumah murah… rumah teres… banglow.
Dari technician… supervisor… engineer… manager… GM… VIP.
Dari TV 14″… 21″… 29″… Home theater.
Dari Sungai Danga… Tanjung Leman… Langkawi… Hat Yai… Bangkok… Paris.
Dari memancing kat parit atau longkang… sungai… kolam (bayar punye)… laut dalam (sewa bot mewah).
Dalam semua segi kita mahu perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour…
TETAPI…
Kita jangan lupa…
Semakin banyak kita kecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita…
Ditakuti semakin berjaya, kita semakin lupa…
Semua yang kita dapat adalah pemberian Tuhan… “ON LOAN“….
Setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa ke arah “PERSEDIAAN UNTUK MATI”
Dari tak sembahyang… pastikan sembahyang… jadikan amalan.
Dari banyak maksiat… kurangkan… hapuskan.
Dari Bangi… Madinah… Mekah.
Dari sedekah RM1.00… RM10.00… RM100.00.
Dari sembahyang di rumah… sembahyang di surau atau masjid.
Dari 5 jam sehari tonton TV… 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.
Dari 3 jam baca paper/majalah/internet… 2 jam majalah/paper/internet & 1 jam membaca AL QURAN/selawat/zikir.
TETAPI…
Apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR?
Ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan….
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur….
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE… bila tuhan beri kenaikan pangkat dan gaji lebih, benda seperti ni dah jd biasa…
Macam-macam lagi yang kita pun sedia maklum & tahu….
Malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan dan lain-lain.
Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET & BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, Tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih walau sesaat pun. Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40-50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk FOREVER & EVER… INFINITI…
Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya dunia dan akhirat.
Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
Roh mereka yg berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi tidak di langit sampai hari kiamat.
Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah shollallahu ‘alaihi wa sallam :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.