Jawatan Kosong di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia : Pena Hijau

Jawatan Kosong di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri
30 Jan 2011
Jawatan Kosong [ 31/01/2011 ]
31 Jan 2011
Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri
30 Jan 2011
Jawatan Kosong [ 31/01/2011 ]
31 Jan 2011
icon follow us

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :

  1. Pengurus, Gred 7
  2. Penolong Pengurus, Gred 8
  3. Penolong Pengurus (Juruaudit), Gred 8
  4. Pegawai Eksekutif (Perpustakaan), Gred 11
  5. Pembantu Pentadbiran, Gred 14

Iklan Jawatan Kosong SME Corp. Malaysia.doc

Borang Permohonan Jawatan SME Corp. Malaysia.doc

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

v. Tarikh tutup permohonan : 14 Februari 2011 (Isnin)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jawatan Kosong di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more