Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan di MSN Kelantan

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan di MSN Kelantan

logo majlis perbandaran kota bharu bandar raya islam mpkb-bri
8 Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
7 Mar 2024
logo majlis perbandaran kota bharu bandar raya islam mpkb-bri
8 Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
7 Mar 2024
logo majlis sukan negeri kelantan msn kelantan
icon follow us

Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN Kelantan) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Majlis Sukan Negeri Kelantan bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29 SECARA CONTRACT FOR SERVICE seperti makluman yang berikut :

Jawatan : Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Gred : S29
Taraf Jawatan : Contract For Service

Jadual Gaji

Gaji : RM 1,493.00 – RM 5,092.00

Elaun :

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM160
  3. Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki
  3. Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  4. Sijil Kelayakan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
    3. Diploma Pengajian Sukan / Sains Sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Kelayakan Tambahan

  1. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan.
  2. Berketerampilan yang baik
  3. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara kumpulan
  4. Sihat tubuh badan dan aktif bersukan
  5. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang dan
  6. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membantu merancang, mengurus, menyelaras, melaksana program pembangunan sukan negeri dan memberi khidmat nasihat kepakaran serta penyeliaan bagi mengembangkan program-program sukan termasuklah merangkumi perkara-perkara berikut :

  1. Merancang, mengatur, melaksana dan menilai program pembangunan Sukan Prestasi Tinggi pada semua tahap bagi semua jenis sukan.
  2. Memantau program latihan dan kejohanan pendedahan disemua peringkat dan menyediakan laporan.
  3. Meneliti prestasi atlet dan pegawai sukan dari semasa ke semasa untuk proses pemantauan program-program latihan yang telah dijalankan.
  4. Merancang dan melaksanakan kem-kem latihan pusat dan motivasi sebagai persediaan mental dan fizikal bagi atlet-atlet elit ke kejohanan Sukan Malaysia.
  5. Menilai dan merancang program pembangunan sukan di peringkat MSSK untuk diserapkan kepada program pembangunan sukan negeri.

Cara Memohon

  1. Menghantar borang permohonan dengan mengemukakan Resume Lengkap beserta sijil/dokumen dengan melampirkan surat berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu Kelantan
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman dan diikuti dengan penilaian tugasan yang akan diberikan kepada calon
  3. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawatan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan Jawatan : https://tinyurl.com/2hje5yx5

Borang Permohonan : https://tinyurl.com/2rbfxd9c

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 MAC 2024

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia Dan Sukan di MSN Kelantan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more