Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin

Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin

Earth Hour is back!
27 Feb 2011
Thousands of youths have found their dream jobs here!
14 Mar 2011
Earth Hour is back!
27 Feb 2011
Thousands of youths have found their dream jobs here!
14 Mar 2011
harussani zakaria
icon follow us

Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin : Harussani. SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim,” tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz dengan Ayah Pin adalah sangat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana ‘kesucian’ mereka,” katanya. -SH

Kenali Siapa Farahana Jamaludin Yang Samakan Nik Aziz Dan Ayah Pin


…keratan akhbar…


Dari facebook sebelum ianya ditukar


Low class la Pertubuhan Kebangsaan Jaringan MelayuMalaysia (JMM) apabila Pengarahnya lagu nie.


dah rupe gaya perempuan simpanan pengikut ayah pin minah nie?


… cermin diri dulu sebelum kutuk ulama’….. – dppwm

Credit To : iklan-mudah.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more