Post Views : 112
Apabila membeli-belah secara online melalui laman web e-dagang seperti Lazada, Lelong, eBay dan sebagainya, banyak cara jimat belanja yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah wang keluar. Caranya, dengan membeli-belah ketika adanya kempen tawaran diskaun, menggunakan kod/kupon/baucer potongan harga dan mendapatkan pulangan balik tunai (cashback) apabila berbelanja.
Kebiasaanya, kempen tawaran diskaun diadakan sempena jualan akhir tahun (Year End Sale), musim-musim perayaan, MyCyberSale dan lain-lain. Untuk mendapatkan potongan harga menerusi kod atau kupon atau baucer khas pula, anda perlu melanggan atau subscribe newsletter laman-laman web e-dagang kerana mereka akan sentiasa emelkan tawaran mereka yang boleh digunakan apabila membeli-belah nanti. Anda juga boleh mendapatkan kupon-kupon tersebut daripada laman web seperti Groupon, LivingSocial dan Qoo10.
Untuk mendapatkan pulangan balik tunai atas setiap pembelian, anda boleh menggunakan
ShopBack.
Cara jimat belanja dengan ShopBack
Dengan adanya
ShopBack, anda berpeluang untuk mendapatkan pulangan balik tunai atas setiap barang yang dibeli melalui laman-laman web e-dagang tertentu. Malah, kalau ada tawaran diskaun pun, pulangan tunai tetap boleh diperoleh melalui
ShopBack.
Bagaimana nak dapatkan pulangan tunai dengan
ShopBack?
Mudah sahaja.
Hanya perlu pergi dahulu ke
laman web ShopBack, pilih ‘kedai’ yang nak dituju untuk membeli-belah, dan beli-belah seperti biasa.
Selepas pembelian dilakukan dan disahkan, pihak
ShopBack akan mengira jumlah pulangan tunai yang layak diperoleh, dan akan dimasukkan ke akaun
ShopBack anda selepas beberapa hari.
Selepas mencapai nilai minimum RM10, pulangan tunai tersebut boleh ditebus.
Sifirnya mudah, tawaran diskaun + pulangan tunai = penjimatan berganda
Pendaftaran adalah percuma malah berpeluang mendapat RM10 yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun sendiri.