Mata Hati Khalifah Umar
9 May 2018Orang Yang Paling Dibenci Menjadi Paling Dicintai
22 Jun 2018Ciri orang yang berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal seterusnya di satu tempat. Meninggalkan tempat tinggalnya untuk mengembara itulah bahagian dari istirahatnya.
Pergilah dengan penuh keyakinan! Nescaya akan engkau temukan pengganti apa yang telah engkau tinggalkan. Bekerja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah bekerja keras. Sungguh aku melihat air yang tergenang dan terhenti akan memercikkan bau yang tak sedap. Andai saja airnya mengalir, ia akan terlihat bening dan sihat. Sebaliknya, jika engkau biarkan air itu menggenang, ia akan membusuk.
Singa di hutan dapat menerkam mangsanya, setelah ia meninggalkan sarangnya.
Anak panah yang tajam tak akan mengenai sasarannya, jika tak berganjak dari busurnya.
Andaikan mentari berhenti selamanya di tengah langit, nescaya seluruh umat dari hujung barat sampai hujung timur akan merasa bosan kepadanya.
Emas ibarat debu sebelum dilombong menjadi emas.
Pokok cendana yang masih tersangkut di tempatnya bagaikan pokok untuk kayu api.
Jika kamu meninggalkan tempat kelahiranmu, kamu akan mendapat pangkat yang mulia di tempat yang baru dan kamu akan menjadi seperti emas yang terangkat dari tempatnya.