Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Masjid Muhammad Ahmadi Pintu Geng
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa berpuasa kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Demikian ini beberapa penjelasan kalimat dalam hadis di atas :
Hadis di atas memberikan faedah tentang ganjaran ibadah puasa yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, iaitu akan menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kecil yang berhubungan dengan hak Allah SWT.
Rujukan : (Dr. Mustafa Sa’id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadus Solihin, Juz 2, 1407H/1987M M:868-869)
Sumber : Masjid Muhammad Ahmadi
“Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) kecerdikan dan kewaspadaan, serta jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah habuan untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Pemurah daripada semua yang pemurah.” Amiinn…
#SalamRamadhan #StayHome