Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup : Pena Hijau

Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup

Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
26 Jun 2020
Hebatnya Amalan Ini Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun
Hebatnya Amalan Ini Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun
30 Jun 2020
Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
26 Jun 2020
Hebatnya Amalan Ini Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun
Hebatnya Amalan Ini Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun
30 Jun 2020
icon follow us

Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup | Tahukah anda, terdapat beberapa jenis saham akhirat yang masih berterusan, sekalipun setelah kita meninggal dunia. Dan, menariknya saham akhirat ini juga akan membantu kita di akhirat kelak. Apakah ‘saham’ tersebut?

Di dunia tidak ada satu pelaburan atau perniagaan yang pasti tidak akan rugi dan sentiasa memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Namun ALLAH SWT telah menjanjikan satu perniagaan yang tiada tandingannya. Pasti tidak akan merugikan terutamanya di akhirat kelak.

Sepertimana firman ALLAH SWT bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Saff :10-12).

Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita "Beli" Ketika Masih Hidup 1

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawasanya ‘saham’ yang dimaksudkan pada tajuk artikel ini ialah sedekah jariah atau amal jariah. Apa itu amal jariah?

Amal jariah adalah amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Ringkasnya, amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus kepada pelakunya yang sudah meninggal itu.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut, jelas terdapat beberapa jenis saham akhirat atau amal jariah yang akan beroleh pahala secara berterusan, antaranya;saham akhirat

#1 – Ilmu Yang Disebarluaskan

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk sebarkan ilmu. Selain melalui sekolah, universiti, kolej, berceramah, kursus motivasi dan lain-lain, anda juga boleh berkongsi ilmu melalui di FB, blog, twitter, instagram, you tube dan medium sosial lain. Perkongsian yang baik dan dikongsi oleh ramai orang ini akan menjadi saham akhirat untuk anda.

#2 – Anak Soleh Yang Ditinggalkan

Caranya adalah mendidik anak menjadi anak soleh, iaitu anak yang sering melakukan kebaikan di dunia. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah swt.

#3 – Mushaf (Kitab-Kitab Agama) Yang Diwariskannya

Mewariskan kitab seperti kitab suci al-Quran, kitab tafsir, buku agama dan lain-lain di masjid, surau, perpustakaan awam, sekolah atau maahad untuk kegunaan orang ramai sebagai bahan bacaan, rujukan dan sebagainya.

#4 – Masjid Yang Dibina

Besar ganjaran bagi mereka yang membantu untuk membina masjid bagi kegunaan masyarakat. Sama ada dari sudut fizikal, tenaga, buah fikiran, kewangan atau apa jua pertolongan. Kesemuanya bernilai ibadah di sisi Allah.

#5 – Rumah Yang Dibina Untuk Penginapan Orang Yang Sedang Dalam Perjalanan

Membangunkan rumah penginapan, atau pondok bagi orang yang bermusafir sama ada untuk berehat sebentar, bermalam atau kegunaan lain asalkan bukan untuk bermaksiat.

#6 – Sungai Yang Dialirkannya Untuk Orang Ramai

Mengalirkan air yang bersih ke tempat orang-orang yang memerlukan atau menggali perigi. Semakin ramai orang memanfaatkannya, semakin banyak ‘sahamnya’ di akhirat nanti.

#7 – Harta Yang Disedekahkannya

Harta yang kita miliki hakikatnya terdapat hak orang lain di dalamnya. Asalkan sedekah tersebut diberikan secara ikhlas dan tidak diungkit kembali. Contoh, mewakafkan tanah untuk kawasan perkuburan antara saham akhirat paling bermakna di sambil kita sendiri mengingati kematian.

Sedekahkan sebahagian harta juga boleh ‘membersihkan’ rezeki yang kita peroleh kerana tidak diketahui sumber asalnya dan bimbang ia daripada sumber yang syubhah.

Demikianlah beberapa jenis amal jariah yang boleh dilakukan dan kita akan beroleh ‘saham’ di akhirat nanti secara berterusan. Adapun, selain daripada jenis di atas, sebenarnya banyak lagi amal jariah yang boleh kita lakukan asalkan ia memberi kemudahan untuk orang ramai, kemaslahatan ummah, orang yang di dalam kesusahan dan sebagainya.

Justeru itu, bersamalah kita untuk merebut peluang membeli saham akhirat ini bagi menambahkan amalan kita untuk dibawa pulang di ‘tempat abadi sana’ nanti. Wallahua’lam.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more