Kisah Hari Raya Korban : Pena Hijau
Fenomena topeng muka
30 Jul 2020
Memuliakan tetamu dan bagaimana menjadi tetamu
1 Aug 2020
Fenomena topeng muka
30 Jul 2020
Memuliakan tetamu dan bagaimana menjadi tetamu
1 Aug 2020
icon follow us

‘’LabaikAllah humma labbaik,

‘’Labbaikala syarika laka labbaik,

‘’Innal hamda, wan ni’mata,

‘’laka wal mulk, laa syarika lak.’’

Perayaan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban disambut oleh semua umat Islam di dunia. Berbicara berkenaan Hari Raya Aidiladha, pasti ianya merujuk kepada penyembelihan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Ibadah Hari Raya Aidiladha ini mempunyai sejarahnya tersendiri dimana ia berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Nabi Ibrahim a.s bermimpi bahawa Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menerima perintah tersebut dengan baik. Persetujuan Nabi Ibrahim menerima perintah Allah merupakan satu pengorbanan besar yang dilakukannya. Ini kerana Nabi Ibrahim telah menunggu masa yang terlalu lama untuk mempunyai Nabi Ismail sebagai zuriatnya. Ketika dikurniakan Nabi Ismail, umur Nabi Ibrahim telah mencecah 86 tahun.

Ketika tiba penyembelihan Nabi Ismail a.s, Iblis telah menjalankan misi hasutannya terhadap Nabi Ibrahim a.s agar ingkar dengan perintah Allah SWT dan tidak menyembelih Nabi Ismail. Namun, hasutan Iblis gagal apabila Nabi Ibrahim tetap taat mematuhi perintah Allah meskipun anaknya menjadi korban. Iblis tidak berdiam, lantas datang dan menghasut  Hajar r.a iaitu ibu kandung Nabi Ismail.

Hasutan Iblis kepada  Hajar r.a juga tidak menemui sebarang kejayaan apabila  Hajar juga tahu bahawa suaminya Nabi Ibrahim a.s tidak akan melakukan sesuatu yang batil. Akhirnya, Iblis cuba menghasut Nabi Ismail a.s agar tidak menurut perintah Allah SWT. Disebabkan itu, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan Hajar telah melempar batu ke arah Iblis hingga mata Iblis cedera dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Peristiwa ini diabadikan di dalam ibadah haji ketika melontar di ketiga-tiga jamrah.

Nabi Ibrahim a.s telah mengikat kedua kaki dan tangan Nabi Ismail a.s. Ketika itu Nabi Ibrahim hanya berbekalkan pisau dan tali sahaja untuk melakukan penyembelihan ke atas anaknya. Nabi Ibrahim meletakkan pisau di leher Nabi Ismail dan mula menyembelihnya dengan kuat. Namun, Nabi Ismail sama sekali tidak merasakan kesakitan apabila disembelih.

Tiga kali penyembelihan dilakukan Nabi Ibrahim a.s kepada Nabi Ismail a.s namun masih tidak berjaya meskipun pisau yang digunakannya telah memotong batu. Maka Allah SWT berfirman di dalam surah As-Saaffaat, ayat 105-107: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.”

Lalu melalui malaikat Jibril a.s, Allah SWT telah menggantikan Nabi Ismail a.s dengan kibas untuk dijadikan korban. Maka melalui peristiwa itulah ibadah korban telah dijalankan oleh umat Islam.

Begitulah kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang boleh dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam.

Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Alllah hu Akbar, Walilla Ilhamd.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kisah Hari Raya Korban
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more