Kelebihan Hari Arafah Dan Keajaiban Doa : Pena Hijau

Kelebihan Hari Arafah Dan Keajaiban Doa

Penghayatan Ibadat Korban
1 Jul 2022
ilmu dan amal
Ilmu Dan Amal Berpisah Tiada
15 Jul 2022
Penghayatan Ibadat Korban
1 Jul 2022
ilmu dan amal
Ilmu Dan Amal Berpisah Tiada
15 Jul 2022
20220707 hari arafah
icon follow us

Di dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini, terdapat satu hari yang paling afdhal dalam setahun di sisi Allah SWT iaitu hari Arafah pada 9 Zulhijjah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwuquf di Padang Arafah yang merupakan rukun terpenting ibadat Haji. Nabi SAW bersabda :

الَْجُّ عَرَفَة

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”.

(Riwayat al-Tirmizi)

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berdoa, berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut. Hari Arafah adalah satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka berbanding dengan Hari Arafah”

(Riwayat Muslim)

Hari Arafah juga merupakan hari di mana Allah mengkabulkan doa hambanya. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana sabda Baginda SAW yang maksudnya :

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah”

(Riwayat al-Tirmizi)

Imam Nawawi berkata : Digalakkan memperbanyak zikir dan doa secara bersungguh pada hari Arafah kerana ini adalah sebaik-baik hari untuk berdoa.

Doa amat istimewa dan menakjubkan kerana ia lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT. Doa juga adalah tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah. Malah orang yang tidak berdoa dianggap sebagai orang yang sombong.

Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir, ayat 60 :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina”

Allah SWT menjanjikan untuk menerima segala doa jika benar ia lahir dari hati yang ikhlas, jiwa yang bersih dan anggota yang tunduk khusyuk. Firman Allah SWT dalam Surah al Baqarah, ayat 186 :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenaiKu maka (beritahulah kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Di dalam al Quran terdapat paparan menarik mengenai kisah doa Nabi Nuh AS yang diterima Allah lalu menenggelamkan kaumnya di dalam taufan besar dan menyelamatkan baginda serta pengikut-pengikutnya yang beriman. Dan kisah doa Nabi Ayub yang disembuhkan oleh Allah daripada derita sakit teruk yang dialaminya dalam tempoh yang panjang. Demikian juga kisah doa Nabi Zakaria yang dikurniakan zuriat ketika Baginda dan isteri telah lanjut usianya.

Justeru, janganlah sesekali memandang remeh kepada doa. Apa jua keadaan kita, jangan lalai dan berdoalah secara berterusan kerana besarnya keistimewaan doa kepada kita. Jangan sesekali berhenti dan berputus asa untuk berdoa. Ambilah peluang memperbanyakkan doa pada Hari Arafah yang mulia ini. Janganlah mengsia-siakan peluang dan detik keemasan ini, semoga Allah menerima doa kita dan dengan sebabnya kita meraih kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.

ٱدْعُوا۟ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًۭا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ ٥٥

وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَـٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًۭا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌۭ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ ٥٦

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa  kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

[Surah Al-A‘araaf 55-56]

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] Kedua : Berpuasa sunat bermula satu sehingga hari kesembilan Zulhijjah yang dikenali dengan hari Arafah. […]

Kelebihan Hari Arafah Dan Keajaiban Doa
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more