Bekerja kerana Allah SWT : Pena Hijau

Bekerja kerana Allah SWT

pexels-photo-1428787
Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
4 Sep 2020
Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT
6 Sep 2020
pexels-photo-1428787
Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
4 Sep 2020
Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT
6 Sep 2020
ANE 20200904 allah
icon follow us

Bagi mencapai kehendak manusiawi dan menampung kehidupan di dunia ini, kita melakukan apa jua bentuk pekerjaan asal sahaja memperoleh pendapatan yang halal dan tidak bertentangan dengan syariat.  Tidak kira sebagai peniaga, tokoh korporat, petani, pekebun, penternak dan nelayan, petukang, penjawat awam, di sektor swasta dan sebagainya.  Asal sahaja niat bekerja kita kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

(Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, 9890 dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin, 3465)

Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti akan melepaskan kita daripada sikap suka meminta-minta dan berhutang. Apabila kita mempunyai pendapatan, kita akan terhindar daripada meminta-minta. Sikap meminta-minta akan hanya merendahkan maruah serta martabat kita.

Setiap pagi apabila keluar rumah untuk ke tempat kerja, mulakan hari dengan berniat mencari rezeki kerana Allah SWT.  Bekerja dengan niat kerana Allah akan dikira sebagai ibadat.  Semua usaha kita pada hari itu akan dihitung sebagai pahala. Sekiranya semasa bekerja kita membantu memudahkan urusan orang ramai, ia juga dikira sebagai pahala.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 :

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)

Pemilihan kerja juga penting supaya kita tidak bekerja di kedai judi dan yang menjual arak supaya rezeki yang kita peroleh tidak bersulam dosa.  Begitu juga dengan pekerjaan yang memerlukan kita membuka aurat dan lalai melaksana perintah solat.  Pekerjaan yang haram tetap haram.  Islam hanya menekankan kemurnian matlamat dan tidak menerima prinsip menghalalkan cara atau mencapai kebenaran menerusi kerja-kerja batil.

Apabila Allah SWT reda dengan pekerjaan kita, maka setiap rezeki yang kita perolehi bukan sahaja  halal tetapi  juga mendapat keberkatan dalam erti kata kebaikan yang melimpah-ruah.  Ia adalah rahsia bagi orang beriman yang memperoleh pendapatan kecil atau sederhana tetapi bahagia dalam kehidupan sebagai individu mahupun keluarga.

Banyak amalan yang boleh dilakukan bagi memastikan pekerjaan kita halal dan berkat. Setiap kali keluar rumah ke tempat kerja, bacalah doa.  Antara doanya ialah “Dengan nama Allah SWT, aku bertawakal dengan Allah dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Abu Mas’ud r.a berkata Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah.”

(HR Bukhari)

Sewaktu bekerja, buatlah dengan bersungguh-sungguh, tidak curi tulang, membuang masa, suka bertangguh kerja, tidak jujur dan amanah.  Daripada Saidatina Aishah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang apabila dia bekerja, dia menyempurnakan pekerjaannya”

(HR Tabrani)

Kesibukan di tempat kerja bukan alasan untuk tidak melaksana ibadat sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Wahai anak Adam, kerjakanlah ibadat semata-mata untuk-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak mengerjakannya, maka Aku penuhi dadamu dengan kesibukan tetapi Aku tidak menutup kemiskinanmu.”

(HR Ibnu Majah)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] hari ini, marilah kita menjadi pekerja yang berdedikasi dan cemerlang. Betulkan niat kita untuk bekerja kerana Allah subhanahu wa ta’ala agar pekerjaan kita menjadi satu ibadah buat diri kita. Selamat Hari […]

Bekerja kerana Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more