Melahir dan membina kepintaran anak
18 Aug 2020Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
20 Aug 2020Sekeras-keras dan tingginya ego seorang insan bernama lelaki, mampu untuk mengalirkan air mata demi insan yang disayanginya.
Begitulah yang cuba disampaikan menerusi perkongsian di Facebook seorang jurufoto bernama, Khairul Azmi Sulaiman, apabila nukilannya bersama beberapa foto pernikahan memaparkan tangisan seorang ayah telah menyentuh hati ramai.
Dalam nukilan tersebut menceritakan mengenai pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuan, yang dilepaskan kepada sang suami.
Dapat diperhatikan menerusi foto yang dikongsikan, air mata seorang bapa mengalir juga ketika mahu menyampaikan amanah kepada bakal suami buat puteri kesayangannya.
BACA JUGA: Bernikah Itu Mudah Tetapi Nak Dapatkan Pasangan Yang Bantu Tingkatkan Iman Itu Payah
Foto dan nukilan tersebut juga telah menyentuh hati ramai, rata-ratanya turut meluahkan rasa terharu melihat gugurnya air mata seorang bapa buat anaknya.
Sumber : Khairul Azmi Sulaiman
Sumber : Kataustaz.com