Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer! : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!

Berapa orang kawan yang anda ada?
14 Sep 2020
dreamstime_s_144635110
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
15 Sep 2020
Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!

Kadang-kala kita selalu menjaga hati orang disekeliling dan lupa untuk menjaga hati dan diri sendiri. Ketahui cara mudah untuk menyayangi diri sendiri dan menjadi lebih sihat dari segi mental, fizikal dan juga rohani.

Ramai yang lupa, menyayangi diri sendiri adalah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita yang tidak ambil kisah tentang perkara ini.

Dengan itu tidak hairanlah mengapa masalah sosial, kemurungan dan juga emosi yang tidak stabil juga makin meningkat sejak kebelakangan ini.

BACA JUGA : Minat Berbeza, Cara Nikmati Kepuasan Hidup Untuk Diri Sendiri Tak Sama!

Menyayangi Diri Sendiri

Ya, kita tidak seharusnya menjadi selfish tetapi bayangkan jika anda tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri bagaimana anda ingin menolong orang lain. Oleh itu, put yourself before others dan segalanya akan menjadi lebih mudah untuk anda dan orang sekeliling.

Resipi untuk jiwa yang tenang dan bahagia adalah untuk sentiasa bergembira, jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa ia akan menyebabkan hasil yang kurang memuaskan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif kerana that is the start to a wonderful world!

Jika anda ditimpa musibah atau masalah, jangan putus asa sebaliknya anda harus rasa bersyukur dengan apa yang masih kekal dengan anda dalam keadaan itu. Sentiasa berfikiran bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dan teruk, dengan ini anda dapat bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan dan menyelesaikan masalah with a straight mind.

Sebelum ingin mengambil apa-apa keputusan, jangan lupa tentang orang yang tersayang seperti ibubapa, suami, adik-beradik dan sahabat-handai.

Mereka mungkin menaruh harapan yang tinggi dalam hidup anda oleh itu jangan mengecewakan mereka dengan melakukan perkara yang di luar batasan. Sentiasa ingat tentang hari esok dan balasan yang menanti jika keputusan yang diambil itu tidak sesuai. Apapun jangan lupa untuk menyayangi diri sendiri setiap hari.

BACA JUGA : Inilah 7 Cara ‘Move On’ Elak Diri Jadi Mangsa Sakit Mental, Jangan Seksa Diri Sendiri!

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply