Inilah Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa, Jom Amalkan! : Pena Hijau

Inilah Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa, Jom Amalkan!

Berapa orang kawan yang anda ada?
14 Sep 2020
dreamstime_s_144635110
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
15 Sep 2020
Berapa orang kawan yang anda ada?
14 Sep 2020
dreamstime_s_144635110
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
15 Sep 2020
Inilah Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa, Jom Amalkan!
icon follow us

Inilah Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa, Jom Amalkan! ! Kehidupan ini tidak pernah lari daripada ujian dan musibah. Setiap makhluk di dunia ini bukan hidup untuk bersenang-lenang tetapi adalah untuk diuji.

Allah sendiri telah berfirman bahawa – “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-Ankabut, 29:2)

putus asa

BACA JUGA : Berkebun Dan Berselawat Mampu Kawal Stress, Boleh Cuba Kalau Tak Percaya!

Pada saat kita sudah putus asa, kita akan mencari seseorang yang dirasakan mampu memberi kekuatan dan semangat kepada diri sendiri.

Namun, perasan atau tidak, ia hanyalah semangat yang seketika. Selepas itu, kita akan kembali merasa lemah dan mula mencari sesuatu yang dirasakan mampu memberikan kekuatan kepada diri.

Ujian itu datangnya dari Allah dan setiap rasa serta solusi kepada masalah itu juga ada padaNya. Selain daripada solat, anda juga boleh mengamalkan sebuah doa yang mampu memberikan semangat baru dalam diri anda.

Doa ini boleh dibaca setiap kali merasa sedih dan putus asa atau selepas solat bagi menambah kekuatan buat anda menghadapi hari-hari yang mendatang.

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ ۚ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Mafhum: “(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Ghafir, 40:44)

Wallahu a’alam.

BACA JUGA : Pelajar Kongsi Mula Dekatkan Diri Pada Sang Pencipta.“Rasa Seperti Semuanya Mudah & Pointer Pun Naik Mendadak”

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa, Jom Amalkan!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more