Mohamed Salah, pemain bola sepak inspirasi dunia : Pena Hijau

Mohamed Salah, pemain bola sepak inspirasi dunia

Wanita Panggil Nama Pertama Suaminya, “Adakah Saya Dalam Masalah?”
Wanita Panggil Nama Pertama Suaminya, “Adakah Saya Dalam Masalah?”
13 Sep 2020
Berapa orang kawan yang anda ada?
14 Sep 2020
Wanita Panggil Nama Pertama Suaminya, “Adakah Saya Dalam Masalah?”
Wanita Panggil Nama Pertama Suaminya, “Adakah Saya Dalam Masalah?”
13 Sep 2020
Berapa orang kawan yang anda ada?
14 Sep 2020
icon follow us

Bola sepak merupakan aktiviti sukan paling popular dengan peminatnya mencapai sehingga berbilion orang di serata dunia.  Dengan bakat dan kemahiran yang dikurniakan Allah SWT serta sikapnya yang mesra, Mohamed Salah yang lebih dikenali dengan panggilan Mo Salah atau Mo berjaya memukau peminat bola sepak dunia.

Dilahirkan pada 15 Jun 1992 di Nagrig, Basyoun, Mesir sebagai Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly, inilah kisah pemain bola sepak Muslim yang hebat, yang memberi inspirasi kepada berjuta umat Islam mahupun bukan Islam di seluruh dunia.  Semua tindakannya di dalam mahupun di luar padang menjadi perhatian.

Mo Salah begitu hebat dengan kemahiran bola sepak yang dimilikinya sehingga dihormati dan dianggap salah seorang pemain terbaik dunia. Kepantasan, penamat dan kemahiran menggeleceknya tiada tandingan. Pemain tengah yang lincah milik Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris dan pemain utama pasukan kebangsaan Mesir, Mo Salah memulakan kerjaya bola sepaknya dengan sebuah kelab tempatan iaitu El-Mokawloon.

Kemudian, Mo Salah meninggalkan kelab Mesir tersebut dan berpindah ke FC Basel, Switzerland di Eropah. Ketika di Swiss, dunia mula membuka mata melihat kemahirannya secara serius. Aksi luar biasanya ketika di padang telah mendapat perhatian Kelab Chelsea FC dari Liga Perdana dan pada tahun 2014 telah menyertai kelab tersebut.

Mo Salah kemudian berpindah ke Kelab Serie A di Itali (Roma dan Fiorentina) sebelum kembali semula ke Liga Perdana pada 2017 apabila Liverpool membelinya dengan harga mencecah hampir 37 juta paun Sterling. Semasa beraksi dengan pasukan Liverpool, beliau menampilkan permainan yang amat baik secara konsisten sehingga memperolehi banyak anugerah.

Ia termasuklah Golden Boot Liga Perdana, Pemain Terbaik Tahunan PFA serta hadiah ketiga bagi kategori Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2018.  Jaringan gol yang berjaya dilakukannya telah membantu Kelab Liverpool meraih kejuaraan dalam Liga Juara-Juara UEFA 2019. Salah satu pencapaian terbesarnya adalah ketika beliau membantu Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan liga selama tiga puluh tahun ketika pasukan itu memenangi Liga Perdana Inggeris (2019-2020).

Namun, Mo Salah bukan sahaja diminati atas kehebatannya di atas padang, tetapi juga disanjung kerana sikapnya sebagai seorang Muslim. Meskipun terdapat ramai pemain bola sepak Muslim di luar sana, namun mereka tidak begitu ‘mempromosikan’ Islam sepertimana yang dilakukan oleh Mo Salah.

Selain mempraktikkan Islam, apa sahaja yang dilakukan adalah untuk memperlihatkan keindahan Islam.  Sebagai contoh, ketika bayi perempuannya lahir pada tahun 2014, Mo Salah menamakannya Makka sebagai menghormati kota suci Mekah.  Bukan itu sahaja, setiap kali menjaringkan gol, beliau akan sujud di atas padang sebagai menyatakan kesyukuran atas kejayaannya.

Mo Salah melakukan semuanya ini bukan sahaja kerana beliau seorang Muslim tetapi  kerana cintakan agamanya. Ketika diwawancara dengan CNN, beliau menyatakan bahawa: “Ia adalah sesuatu seperti berdoa atau sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas apa yang telah saya terima, saya berdoa dan akan terus berdoa demi meraih kejayaan. Saya telah mempraktikkan amalan ini sejak kecil lagi di mana jua saya berada.’’

Mo Salah juga terlibat dengan banyak kerja amal di Mesir, seperti sumbangan dana kepada hospital awam dan Institut Kanser Nasional Mesir. Di kampung halamannya, beliau telah membeli dan menyumbangkan tanah untuk kerja-kerja rawatan kumbahan air yang sangat diperlukan. Terkini, beliau telah menyumbang ribuan tan makanan dan daging segar kepada penduduk Nagrig untuk membantu keluarga yang terjejas oleh koronavirus.

Selain itu, Mo Salah juga telah menjadi Duta pertama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi projek Sekolah Rangkaian Segera – yang menghubungkan pelajar pelarian dan negara tuan rumah dengan pendidikan digital yang berkualiti. Semestinya, beliau adalah teladan positif dan inspirasi kepada Muslim di seluruh dunia. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusannya, aamiin.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Mohamed Salah, pemain bola sepak inspirasi dunia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more