Untuk wanita dan ahli keluarga – Islam dan rumah tradisional Melayu
29 Sep 2020Wanita dalam menjaga kerjaya dan keutamaan hidup
1 Oct 2020Zaman Sekarang, Jaga Anak Perempuan Dan Lelaki Sama Je Mencabarnya! | Zaman dulu, orang kata, susah nak jaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sebab tu, anak perempuan dikongkong berbanding anak lelaki.
Zaman ini, rasanya perumpamaan tu dah tak boleh pakai. Mak ayah sekarang rasai sendiri. Jaga anak perempuan dan anak lelaki sama hebat cabarannya. Cuma anak perempuan lain yang kita risau, anak lelaki pula ada benda lain yang kita gusarkan. Generasi Millenia sekarang memang lain macam!
Sebagaimana ia mempunyai banyak kelebihan, begitu banyak juga kemudaratan yang boleh berpunca daripadanya.
Sekarang ramai ibu bapa yang memberikan anak-anak dengan telefon pintar, lengkap dengan data internet. Dengan mengakses internet, anak-anak terdedah dengan pelbagai maklumat, termasuk yang ‘tak sepatut’nya. Sebab itu, mak ayah tolong pantau apa anak-anak tengok. Jangan ingat anak terperap di rumah dengan telefon, anak-anak anda tak terdedah dengan pelbagai gejala negatif.
Berapa banyak kes melihatkan anak-anak akibat pengaruh internet. Pernah terjadi kes anak berusia 12 tahun ditahan setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh ibunya (akhbar Sinar Harian 2019). Anak itu terpengaruh gara-gara melihat satu video di handphone.
Itu belum lagi kes berapa ramai anak gadis yang hilang kesucian dan yang lari dari rumah ikut teman lelaki yang hanya dikenali di laman sembang online! Aduh, menakutkan bukan? Jadi mak ayah, TOLONG PANTAU anak-anak bila handphone mereka ada akses internet!
BACA JUGA :: Serabut Anak Banyak Bertanya, Ini Yang Anda Boleh Lakukan
Itu bab internet. Sikap anak-anak hari ini juga perlu diberi perhatian terutama ketika mereka sedang meningkat remaja. Jangan terlalu berikan kebebasan pada mereka tanpa pemantauan. Tak kira anak lelaki atau anak perempuan.
Apa saja yang anak beritahu, TOLONG simpan sikit rasa curiga. Bukan bermakna kita tak percayakan mereka, tapi kita kena ada rasa sangsi agar kita akan sentiasa pantau mereka. Kalau anak cakap nak habiskan masa di dalam bilik seharian sebab belajar, cuba intip. Betul ke dia belajar? Atau sedang bersembang di alam maya?
Jadi mak ayah bukan tugas mudah lebih-lebih lagi zaman sekarang. Kalau dulu, mak ayah pukul, anak tak berani nak lari dari rumah. Paling tidak lari rumah kawan sekampung. Tapi sekarang, salah marah sikit pun dah lari berdesup!
Sebagai mak ayah, anda yang paling ‘kenal’ sikap anak masing-masing. Tak semestinya guna pendekatan kekerasan. Kadangkala pendekatan lembut lebih terkesan di hati mereka.
Di usia remaja, anak memang kuat memberontak dan sering anggap mereka betul. Kalau mak ayah tegur, dikatakan tak faham mereka. Itulah cabaran mak ayah kena hadap.
Apa pun, bila jaga anak yang meningkat remaja, terutama ketika usia belasan tahun, jangan biarkan mereka jauh dari kita. Sentiasa bertanya tentang kehidupan seharian mereka, kenal kawan-kawan mereka.
Bersikap sporting dengan anak-anak, jangan terlalu mengongkong. Misalnya, ada masa kalau mereka nak keluar dengan kawan, jangan bantah. Boleh izinkan tapi anda tahu dengan siapa, ke mana mereka pergi dan apa aktiviti mereka. Seeloknya, anda hantar dan jemput mereka. Tapi, tak boleh selalu.
Ada mak ayah cara mereka jaga anak dengan tak suka anak-anak bawa kawan-kawan ke rumah. Tapi sebenarnya itu paling elok. Sekurangnya mereka ada depan mata kita. Lepak pun di rumah. Bayangkan kalau anak-anak keluar lepak di luar. Macam-macam boleh jadi. Lagi pula, bolehlah kita berkenalan dengan kawan-kawan dia tu.
Dalam hidup, jangan pinggirkan agama dalam kehidupan kita. Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Bila kita sudah tanamkan agama dalam hati mereka, insya-Allah…apa juga mereka lakukan, mereka takkan terpesong jauh.
BACA JUGA :: 10 Anak Zaman Mak Dulu, Dah Tak Sama Dengan 2 Anak Zaman Sekarang!
Sumber : Kataustaz.com