Inilah 5 Cara Menghukum Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Tapi Ramai Yang Buat! : Pena Hijau

Inilah 5 Cara Menghukum Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Tapi Ramai Yang Buat!

dreamstime_s_176597199
Mertua sebagai ibu bapa – suami isteri dan rumah tangga
20 Oct 2020
dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
dreamstime_s_176597199
Mertua sebagai ibu bapa – suami isteri dan rumah tangga
20 Oct 2020
dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
Inilah 5 Cara Menghukum Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Tapi Ramai Yang Buat!
icon follow us

Terlalu banyak kes dera anak berlaku dengan alasan ingin menghukum anak atas kesalahan atau tindakan mereka yang dirasakan salah di mata penjaga.

Anak merupakan hadiah dari Allah buat pasangan yang berumahtangga, sama ada kita bersedia atau tidak kehadiran cahaya mata merupakan perancangan Allah untuk kita memiliki keluarga yang sempurna.

Memiliki cahaya mata tidak sekadar memerlukan persediaan dari segi material malahan kekuatan mental kedua orang tua sangat diperlukan. Tidak semua anak yang lahir mempunyai ciri-ciri mudah di jaga. Ada anak memang dilahirkan untuk menguji kesabaran kedua orang tuanya.

BACA JUGA :: Anak Kedua Memang Macam Tu, Ibu Ini Kongsi Sisi Lain Anak No 2 Buat Netizen Sebak

Semakin anak membesar, pelbagai ragam yang mereka lakukan untuk menarik perhatian ibu bapa. Mungkin kerana kesibukan dalam bekerja ada ibu bapa yang melepaskan peluang untuk memberikan perhatian sepenuhnya pada anak.

Tekanan dalam pekerjaan mungkin membuatkan kita memilih untuk mendidik anak dengan cara menghukum anak. Ianya tidak dilarang menghukum anak sebagai pengajaran dalam Islam namun perlu tahu batasnya.

menghukum anak

BACA JUGA: Pandai Membaca Sebelum Tadika! Besar Kelebihannya!

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Menghukum anak dengan kemarahan ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.”

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat).

Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.”

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Menghukum anak dengan sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya menghukum anak gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum anak dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah 5 Cara Menghukum Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Tapi Ramai Yang Buat!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more