Puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW : Pena Hijau
dreamstime_s_176989583
Memberi salam – jadikan ia amalan
31 Oct 2020
Cities-Tirana-Albania
Albania, negara Islam di tengah benua Eropah
31 Oct 2020
dreamstime_s_176989583
Memberi salam – jadikan ia amalan
31 Oct 2020
Cities-Tirana-Albania
Albania, negara Islam di tengah benua Eropah
31 Oct 2020
dreamstime_s_172218929
icon follow us

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul akhir zaman. Kelahiran Rasulullah amat dinantikan oleh keluarganya yang tercinta. Terdapat banyak rujukan menceritakan riwayat hidup Baginda selain yang dinyatakan dalam sirah Rasulullah.

Antaranya adalah seperti berikut: 

Buku ini merupakan sumber penting dan lengkap tentang kebaikan dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Buku ini dibahagikan kepada 56 tajuk. Pertama: Setiap tajuk bersandarkan hadis yang jelas. Teks huraian hadis dihuraikan melalui sanad yang sahih. Kedua: Hadis dan perawi yang diragui disemak secara bersemuka oleh Imam hadis yang muktabar.

Ketiga: Menghimpunkan huraian dan percakapan pada beberapa sanad. Buku ini mengandungi 415 hadis bersanad yang terdiri daripada hadis marfu‘ (hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW), dari segi perkataan dan perbuatan. Sumber hadis diambil daripada para sahabat dan tabiin.

Kitab ini dikarang oleh Muhammad bin Isa bin Saurah bin Dhahhak as-Sulami, iaitu Imam at-Tirmidzi. Cetakan Pertama pada 1388 Hijrah/1968 Masehi di Hamash, cetakan kedua pada 1405 H/1985 M, dan cetakan ketiga pada 1408 H/1998 M di Berut, Lubnan.

Kitab ini diterbitkan oleh Darul Hadis, Beirut Lubnan dan disemak oleh I’zzat Abid ad-Da’as. Pelbagai bahasa juga sudah diterjemahkan agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat di seluruh dunia.

Hassan bin Thabit r.a berketurunan Khazraj. Beliau berhijrah ke Yaman, Hijaz dan menetap di Madinah bersama-sama golongan Aus. Selepas pengislaman, beliau menjadi penyair Nabi Muhammad SAW. Hassan berkahwin dengan seorang hamba Qibthiyyah bernama Sirin bin Syam’un, yang dihadiahkan oleh Baginda.

Ramai para sahabat mengarang syair dan memuji Rasulullah SAW, antara penyair yang terkenal ialah Hassan bin Thabit r.a. Beliau selalu melagukan dan membaca syair di hadapan Baginda SAW dan para sahabat.

Tertulis di batu nisan beliau mengenai Nabi Muhammad SAW: “Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan diriku, aku hanya seorang yang telah hilang segala rasa derita. Aku tidak akan berhenti daripada memuji Baginda SAW kerana dengan itu aku mungkin akan kekal dalam syurga bersama-sama ‘Yang Terpilih’. Daripada Baginda aku mengharapkan syafaat. Dari hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku ke arah itu.”

Qasidah ‘Burdah’ (selimut) dikarang oleh seorang Imam dari Tanah Arab. Beliau bernama Sharafuddin Abu Abdullah Muhammad bin Hassan al-Busiri. Beliau dilahirkan di Bahtim, Mesir pada tahun 608 Hijrah bersamaan 1212 Masehi. Meninggal dunia pada tahun 696 H/1296 M.

Burdah ini dikatakan berasal daripada kisah penyembuhan penyakit lumpuh beliau yang sukar disembuhkan. Atas dasar kasih sayang dan kerinduan seorang hamba kepada Baginda Rasulullah SAW, beliau mengarang burdah sehinggalah terhasil 116 bait syair. Beliau amat berharap dengan mengambil keberkatan daripada karangan Qasidah ini dan memohon kepada Allah SWT agar penyakit yang dialaminya sembuh.

Suatu malam, beliau bermimpi Rasulullah SAW datang menziarahinya dan menyapukan tangan Baginda pada bahagian badan beliau yang sakit. Lalu menyelimutinya dengan sehelai selendang (burdah). Apabila bangun daripada tidur, beliau mendapati penyakitnya tiba-tiba sembuh.

Tubuhnya seolah-olah tidak pernah ditimpa penyakit. Beliau amat meyakini kesembuhan atas kerinduan dan kasih sayang serta puji-pujian ke atas Rasulullah SAW yang ditunjukkan melalui Qasidah yang dikarangnya. Kemudian beliau menamakan Qasidah tersebut  ‘Burdah’ bersempena dengan peristiwa mimpi dan penyembuhan tersebut.

Alunan nasyid nan merdu, menceritkan kisah kelahiran Rasulullah SAW daripada kumpulan al-Mizan. Baginda dilahirkan di Kota Mekah, 12 Rabiulawal tahun Gajah. Ibunya bernama Aminah r.a dan bapanya bernama Abdullah r.a. Semoga nasyid ini sentiasa dikumandangkan agar anak-anak generasi masa kini dapat mengingati peristiwa kelahiran Baginda.

Justeru, kita seharusnya menunjukkan kecintaan dan kerinduan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan sentiasa berselawat ke atas Baginda. Selawat ke atas Baginda hendaklah menjadi amalan harian kita sebagai umat Islam yang kasihkan nabi kita, Muhammad SAW. Semestinya, bukan hanya pada sempena sambutan kelahiran Baginda sahaja.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more