Kursus TOT & Refresher Aplikasi iSPEKS : Pena Hijau

Kursus TOT & Refresher Aplikasi iSPEKS

ANE 20230723 aktiviti kafa
Red Light Alya
23 Jul 2023
20230819 hari lahir alya
Selamat Hari Lahir Buat Alya Tahun 2023
19 Aug 2023
ANE 20230723 aktiviti kafa
Red Light Alya
23 Jul 2023
20230819 hari lahir alya
Selamat Hari Lahir Buat Alya Tahun 2023
19 Aug 2023
20230818 kursus tot at theta edge
icon follow us

Beberapa minggu lepas, Abey dimaklumkan kena hadir Kursus TOT & Refresher Aplikasi iSPEKS di Petaling Jaya, Selangor selama 3 hari bermula 15 Ogos. Kebetulan tarikh Abey kena kursus tu, anak Abey pun ada Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda di UMK Bachok 15-17 Ogos. Jadi apa lagi, si ibu pun nak ikut jugak la Abey pegi kursus.

Ahad 13 Ogos, bini Abey siapkan persiapan anak Abey untuk pergi kursus. Muncung jugak la Alya sebab dia tak dapat ikut sekali. Hahaha.. Keesokkannya, lepas hantar Alya ke sekolah, Abey bertolak pergi ke Petaling Jaya. Lewat jugak la bertolak. Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru bertolak. Berhenti solat di Masjid Batu 6 Penjom, Kuala Lipis dan makan di RnR Benta. Nasib tak baik, kena makan jem nak masuk tol Gombak. Alhamdulillah, dekat pukul 7 malam, kami selamat tiba. Malam tu, berwasap dengan Alya yang duduk dengan Omma Oppa, bagi beberapa pesanan dekat Alya sebelum dia pergi kursus.

Kat Petaling Jaya ni, Abey booking studio apartment, satu bangunan dengan Hotel Sheraton. Studio apartment Ginger8 @ Pinnacle PJ. 1km dari Jaya Shopping Mall dan 5km dari Mid Valley Mega Mall. Ada kelengkapan dapur, aircond, kipas, flat TV dengan Netflix, wifi percuma, parkir percuma, mandian air panas… paling best, sambil tidur boleh tengok view Petaling Jaya :-D.

20230818 ginger8 pinnacle PJ

Yang berminat nak stay sini, boleh la booking kat sini –> Agoda.

Selasa 15 Ogos, Abey dan bini Abey hantar whatsapp ucap selamat berkursus untuk Alya. Pukul 7.30 pagi, Abey bertolak ke Theta Edge Berhad untuk kursus TOT iSPEKS. 3 negeri yang join TOT iSPEKS ni Perlis, Kelantan dan Johor. 6 orang wakil dari Kelantan termasuk Abey.

Malam tu pihak Theta ada anjurkan makan malam kat Mardhiyyah Hotel & Suites, Seksyen 14, Shah Alam. Abey ajak bini Abey skali, memandangkan ada sorang kawan Abey tak dapat join. Tapi dia segan la pulak.. Abey pun pergi makan malam dengan Bendahari Negeri. Dia stay di Hotel Sheraton. Dekat setengah jam jugak la perjalanan dari apartment Abey ke Mardhiyah Hotel ni. Makanan kat sana sedap-sedap. Banyak pilihan. Rambang mata jugak la nak pilih makanan. Rugi bini Abey tak ikut makan malam..

Sepanjang 3 hari kursus TOT (Training of Trainers) bermula 15-17 Ogos di Theta ni, banyak input yang Abey dapat. Makanan yang disediakan pun not bad la.

20230818 kursus tot at theta edge

Petang Khamis tu, lepas habis kursus, Abey terus balik ke Putrajaya singgah rumah adik ipar Abey di Presint 8 dan adik Abey di Presint 14. Abey tengok CCTV kat ruang tamu rumah. Nampak Alya duk terbaring tidur kat ruang tamu. Letih balik dari kursus… 😀 Malam tu, Abey tengok wayang dengan adik Abey di GSC IOI City Mall. Kalau dulu, selalu tengok dekat TGV di Alamanda. Tapi TGV sana dah tak beroperasi dah.

20230818 gsc ioi city mall

Jumaat 18 Ogos, lepas sarapan pagi kat Restoran Ore Kampung di Presint 8, terus Abey bertolak balik ke Kelantan dalam pukul 8.30 pagi. Ikutkan hati, nak je balik hari Sabtu. Tapi tak boleh sebab esok, hari ulangtahun kelahiran Alya. Dalam pukul 4 petang, Abey selamat sampai ke rumah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kursus TOT & Refresher Aplikasi iSPEKS
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more