Terima Kasih 29082020
30 Aug 2020Video Perkahwinan
18 Nov 2020Hari ni last cuti panjang 5 hari. Mula daripada cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan 11-12 Nov (Rabu & Khamis) hinggalah hari ni cuti ganti sempena Hari Deepavali 14 Nov. Bagi pengunjung yang datang ke Kelantan atau rakyat negeri Kelantan sendiri yang tak tahu nak makan pagi kat mana.. Jom singgah Restoran Warisan Rasa di Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat, Kelantan. Landmark dia cari Masjid Wakaf Bharu dan BHP Wakaf Bharu atau klik pautan ni https://goo.gl/maps/wkMoAdyR46RL9PaG8. Hanya 10 minit perjalanan dengan kenderaan dari pusat bandar Kota Bharu melintasi Sungai Kelantan.
Macam-macam masakan, makanan Kelantan ada kat sini seperti Nasi Kerabu, nasi berlauk, laksa, Laksam, pulut kuning, pulut pagi, kuih muih dan lain-lain. Kalau tak nak makan Nasi Dagang Kelantan, nak makan Nasi Dagang Terengganu pun ada kat sini! Mak makan pagi dengan Nasi Dagang Terengganu. Maklum lah, lebih 10 tahun menetap kat Terengganu. Kadang-kadang terasa jugak nak makan masakan Terengganu.
Kalau teringin nak makan Ayam Perchik, boleh singgah lepas pukul 10:00 pagi. Makan sampai puas hati. Harga tu letak tepi. Insha Allah tak de lah melampau tinggi. Yang penting perut kenyang senang hati..
Restoran ni buka seawal 7:00 pagi sehingga pukul 2:00 petang. Nak lagi molek, turun pagi lagi sambil hirup udara pagi, pergi solat Subuh berjemaah kat Masjid Wakaf Bharu yang terletak dalam 500 meter yang dah wujud sejak tahun 1956 lagi. Biasanya lepas Subuh, di Masjid Wakaf Bharu ni ada Kuliah Subuh. Lepas habis kuliah, boleh la singgah makan pagi jamu selera masakan Kelantan di Restoran Warisan Rasa.
Bawa Ayahanda & Bonda makan pagi di Restoran Warisan Rasa, Wakaf Bharu.