Pasangan suami isteri merajuk?
21 Nov 2020Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
24 Nov 2020Wakaf adalah antara amalan yang membolehkan pewakaf mendapat pahala yang berterusan walaupun setelah kematiannya selagi mana manfaat harta yang diwakafkan terus mengalir kepada penerima.
Perkara tersebut menjadi inisiatif golongan yang berkemampuan untuk terus menyumbangkan harta kekayaan mereka sebagai bekalan di akhirat kelak.
Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud ‘harta yang diwakafkan’. Wakaf merupakan satu bentuk sedekah jariah yang memberikan ruang dan peluang berterusan kepada pengamalnya. Namun pada zaman kini, memastikan harta yang diwakafkan benar-nenar boleh dimanfaatkan bukanlah suatu perkara yang mudah dan terjamin.
Ada masanya tanah atau harta wakaf terbengkalai dan dan terbiar menyebabkan usaha untuk memastikan manfaatnya dapat disebarkan kepada yang memerlukan terbatas. Justeru adalah baiknya jika ada pihak yang tertentu dapat memastikan sesuatu asset wakag dapat disuahakan dengan sebaik mungkin.
Dari sudut ekonomi, wakaf ialah mengapungkan harta yang dikhususkan kegunaan atau manfaatnya. Ia dinyatakan oleh pembuat wakaf dengan tujuan dan niat hanya untuk Allah SWT.
Dari segi syarak, wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah SWT. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Jenis wakaf boleh dikelaskan kepada pelbagai kategori, terbahagi kepada dua iaitu:
Jenis wakaf ini bersifat kekeluargaan atau keturunan, dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf. Wakaf Ahli juga disebut dengan wakaf Keluarga.
Ini adalah wakaf yang dilakukan oleh wakif (penderma) kepada saudara-mara dan keluarganya. Wakaf yang wakifnya khususkan bagi sesuatu penggunaan yang hasilnya, (pada mulanya) untuk memenuhi keperluan keturunan. Selepas itu, ia akan digunakan untuk kebaikan yang berterusan.
Wakaf ini bersifat kebaikan dan terbahagi kepada wakaf Am dan wakaf Khas. Kebajikan jenis Wakaf Am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum. Ia mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak.
Wakaf Khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis inisisatif wakaf yang diwujudkan. Malah ada yang meeujudkan secara perkongsian agar lebih ramai umat Islam yang boleh menyumbag terhadap projek wakaf tersebut. Antaranya seperti wakaf al-Quran dan juga makanan untuk anak-anak yatim.
Amalan wakaf ini adalah satu amalan yang mulia. Ambil peluang untuk kita berwakaf dan semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia, dapat menjadi bekalan berterusan untuk kita di akhirat kelak.
Sumber : Salam Web Today