Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Marilah kita sama- sama memanjatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT kerana kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat yang akan menjadi saksi terhadap umat-umat yang lain di hari akhirat nanti. Baginda SAW merupakan penghulu dan penutup segala Nabi, yang membawa rahmat bagi seluruh alam. Firman Allah dalam surah al Anbiyaa’ ayat 107 :
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَـٰلَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Baginda SAW telah berkorban segala-galanya demi membawa risalah Islam untuk umatnya. Tanpa pengorbanan Baginda SAW bersama para sahabatnya, sudah tentu kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Islam dan nikmat Iman sebagaimana yang kita anuti sekarang ini. Malah Baginda SAW juga merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan umatnya yang beriman. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al Taubah ayat 128 :
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat mengharapkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
Justeru, sebagai menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan Baginda SAW, kita wajib menzahirkan kasih sayang dan kecintaan kepada Baginda SAW lebih daripada segala-galanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih dari bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.”
(H.R Bukhari dan Muslim)
Kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak memadai dengan hanya ucapan dengan lidah: “aku cinta kepadamu”, tetapi mestilah dibuktikan melalui perbuatan. Antara perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kecintaan kita kepada Baginda SAW ialah :
وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
” … Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu dari melakukannya maka patuhilah larangannya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
“Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu kali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
(H.R. Muslim)
“Dari kalangan umatku yang paling mencintaiku ialah segolongan manusia yang datang kemudian daripada kewafatanku, lalu salah seorang dari mereka ingin melihatku sehingga jikalau dengan membayar harga sebanyak seluruh ahli dan hartanya pun, ia sanggup.”
(H.R. Muslim)
“Janganlah kamu memaki hamun kepada para Sahabatku, kerana jika seseorang kamu menginfaqkan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun ia tidak akan mendapat ganjaran pahala yang sama dengan satu cupak yang seseorang mereka infaqkan, malah tidak juga sama dengan setengah cupaknya”
(H.R Muslim)
Sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW maka marilah sama-sama kita menghargai pengorbanan Baginda SAW dengan menerima apa yang dibawa oleh Baginda SAW dan meninggalkan apa yang Baginda SAW larang, menjadikan Baginda SAW sebagai contoh tauladan yang baik, menghayati segala sunnah Baginda SAW , memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW , berharap dan merindu untuk bertemu dengan Baginda SAW dan mencintai orang-orang yang dicintai oleh Baginda SAW.
1 Comment
[…] seseorang yang beriman dan cinta kepada Rasulullah SAW walaupun tidak sempat melihat Baginda SAW semasa hidupnya, ialah dia menjadi teman Baginda SAW di […]