Ramadhan : Madrasah Tarbawiyyah : Pena Hijau

Ramadhan : Madrasah Tarbawiyyah

20200515 munajat ramadhan
Persediaan Menyambut Ramadhan
7 Mar 2024
20240322 ramadhan puasa
Hikmah Dan Keberkatan Ramadhan
22 Mar 2024
20200515 munajat ramadhan
Persediaan Menyambut Ramadhan
7 Mar 2024
20240322 ramadhan puasa
Hikmah Dan Keberkatan Ramadhan
22 Mar 2024
20240314 ramadhan madrasah tarbiyah masjid keluarga puasa
icon follow us

Ramadhan : Madrasah Tarbawiyyah | Marilah kita renungkan makna dan petunjuk yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam serta nukilan Salafus Soleh sebagai panduan kita dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Semoga kita mendapatkan manfaat dan keberkahan melalui amalan ketaatan kita.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah subhanahu wa ta’ala, nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”

(Hadis riwayat Muslim)

Ramadhan merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kepada hamba-Nya bagi meningkatkan nilai spiritual dan mendekatkan diri kepada-Nya. Marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kesempatan untuk kembali bertemu dengan bulan suci Ramadhan kali ini. Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk memanfaatkan setiap kesempatan baik ini untuk memperbaiki diri, amal ibadah, dan meningkatkan nilai keimanan terhadap Allah subhanahu wa ta’ala.

Puasa Ramadhan merupakan peluang besar bagi mukmin membentuk serta mentarbiah jiwa dalam melakukan amal soleh. Bahkan mampu membentuk serta merubah jatidiri masyarakat ke arah ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Oleh yang demikian, antara cara  untuk mentarbiah diri dan keluarga di bulan mulia ini adalah :

  1. Istiqamah dari awal Ramadhan hingga akhirnya dalam melakukan amal ketaatan, seperti solat fardhu mahupun solat sunat termasuk solat sunat tarawih.
  2. Melatih anak-anak yang telah mumayyiz melaksanakan kewajipan solat. Suruhan berkaitan solat merupakan tarbiah yang dianjurkan apabila mereka mencecah umur 7 tahun dan ke atas.
  3. Latihlah anak-anak dengan tarbiah sunnah untuk membantu mereka melaksanakan puasa Ramadhan dengan sempurna, agar anak-anak kita membesar dalam melakukan amal ketaatan terhadap Allah subhanahu wa ta’ala.
  4. Ibu bapa perlu mengambil peluang waktu mustajab berdoa di bulan Ramadhan untuk diri dan anak-anak. Ini kerana Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud :

“Tiga doa yang tidak ditolak, iaitu : doa ibu bapa, doa orang berpuasa, dan doa orang bermusafir”

(Hadis Riwayat al Baihaqi)

Manfaatkanlah masa dan waktu yang amat besar harga dan nilainya di sisi Allah subhanahu wa ta’ala di bulan ini. Tunaikanlah puasa Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan lakukanlah amal-amal ketaatan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Semoga kita diganjari 4 perkara berikut :

  1. Pengampunan daripada dosa-dosa terdahulu.
  2. Dikabulkan segala doa.
  3. Senantiasa mendapat rahmat yang tidak putus-putus daripada Allah subhanahu wa ta’ala.
  4. Senantiasa mendapat pertolongan dan keredhaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Ramadhan : Madrasah Tarbawiyyah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more