Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang : Pena Hijau

Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang

20240615 adik kemalangan motor 2
Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah
4 Jul 2024
20250725 theta last day
[Video] Bercuti & Berkursus TOT iSPEKS di Petaling Jaya
30 Jul 2024
20240615 adik kemalangan motor 2
Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah
4 Jul 2024
20250725 theta last day
[Video] Bercuti & Berkursus TOT iSPEKS di Petaling Jaya
30 Jul 2024
20240705 cameron highland
icon follow us

Video percutian 2 hari 1 malam yang tidak dirancang ke Cameron Highland sempena Cuti Awal Muharram 1446H.

Kami bermalam di Crown Imperial Court, Brinchang, Cameron Highland. Apartment lama skit. Tapi okay la.. dekat dengan kedai makan, pekan Brinchang, ada supermarket Billion… Tapi Abey ada baca komen-komen, apartment ni ada “penghuni”. Ikut kata diorang, malam-malam selalu dengar orang berjalan la, kerusi kena tarik la… Tapi Abey tak de rasa ape pun masa menginap kat sana… Sengaja Abey tak bagitau awal-awal bini & anak Abey pasal ni… On the way balik, Abey tanya bini Abey.. ada rasa gapo2 dok masa duk sana.. Dia kata tak de.. Masa tu la baru Abey bagitau.. Hahaha…

Trip selama 2 hari ni, tak banyak tempat boleh pergi.. Nak sarapan pagi kat Abang Strawberry pun tak bleh.. jem yang amat dan kekurangan parking… Antara tempat yang sempat pergi…

Cafe D’ Peladang. Depan apartment je. Kafe yang menjual scone, strawberry, ais krim, kek dan macam-macam dessert. Produk dari Cameron seperti teh, jem, madu, coklat pun ada dijual.

Pasar Malam Brinchang. Tak jauh mana dari apartment Abey stay. Dalam 35 minit jalan kaki. Kalau dengan kereta dalam 10 minit je.. tapi disebabkan jem lebih dari 30 minit perjalanan.. Kat sini ada jual sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan cenderahati. Kalau nak cari penginapan yang dekat dengan Pasar Malam Brinchang, boleh stay dekat Zetter Suites. Keluar pintu je terus pasar malam.

20240705 pasar malam brinchang

Big Red Strawberry Farm. Kat sini korang boleh petik sendiri buah strawberry yang tumbuh secara hidroponik. Ada tempat-tempat nak menarik untuk selfie/OOTD, kafe & kedai cenderamata. Masuk percuma dan banyak tempat parking. Cuma yang mencabar sikit kalau naik kereta ni dari segi kecerunan dia…

Kea Farm Market. Ada deretan pasar yang menjual pelbagai hasil tanaman, produk-produk Cameron dan cenderahati. Tempat parking berbayar.

ZooMania Butterly Farm. Abey ada tanya Alya nak pergi sama ada kat biri-biri, rama-rama atau lebah.. Alya kata nak tengok rama-rama.. So Abey singgah la sini kejap sebelum balik ke Kelantan. Bayaran masuk untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10.

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more