Solidarity For Palestine, Israel Cuak
11 Oct 2023Tips Jimat : Apa Kata Survey?
28 Nov 2023Tips Jimat : Ada Diskaun Tak? | Untuk tips kali ini saya ingin berkongsi tips yang mudah untuk dibuat, tetapi amat jarang orang lakukannya. Nenek dan ayah saya pandai dalam tips ini. Tips kali ini adalah bertanya minta diskaun!
Caranya mudah sahaja! Setiap kali anda ingin membeli atau membayar sesuatu yang anda beli, ringankan mulut untuk bertanya kepada penjual tersebut… “Ada diskaun tak?”
Hanya tiga patah perkataan sahaja! Seringkali juga, pihak penjual akan bermurah hati untuk memberikan diskaun.
Jika dapat diskaun! Maka anda sudah dapat berjimat disitu. Tetapi, jika penjual tidak memberikan apa-apa diskaun, tidak mengapa. Anda sebenarnya tak rugi apa pun.
Pernah satu ketika, saya dan isteri ingin membeli karpet untuk rumah saya….
Setelah dah pilih corak dan saiz karpet yang disukai…
Saya pun ingin membayar karpet tersebut yang berharga RM150.
Tapi entah macam mana.. tiba-tiba isteri saya mencelah dan bertanya kepada penjual tu..
“Ada diskaun tak?”
Dan dengan pantas, si penjual tu kata… “Oklah.. saya bagi harga RM110 sahaja“..
Wah! Sudah jimat RM40 dengan hanya bertanya 3 patah perkataan sahaja!
Terus saya bawa isteri saya makan KFC selepas itu.. 🙂
He he! Boleh kan?
Saya harap anda pun boleh amalkan tips mudah ini!
Ok! baiklah! Untuk meraikan tips ini….
Maka, dengan gembiranya.. saya ingin memberikan anda harga diskaun untuk ebook “123 Tips Jimat” hasil tulisan saya!
Tapi anda perlu pantas…. sebab kod diskaun yang saya berikan ini hanya sah untuk tempoh 24 jam sahaja!
Caranya… Klik link di bawah untuk buat tempahan..
Kemudian… masukkan kod berikut di ruangan “Have a discount code? Click to enter it”
Kod diskaunnya ialah..
jimat7
Dengan kod diskaun tersebut, anda akan dapat jimat sebanyak RM7 dan hanya perlu membayar RM20 sahaja untuk harga ebook “123 Tips Jimat”.
Boleh ya?
Terima kasih.