Solidarity For Palestine, Israel Cuak : Pena Hijau

Solidarity For Palestine, Israel Cuak

ANE 20230723 pelajar tahfiz
Tawaran Pengambilan Pelajar Tahfiz Separuh Masa
23 Jul 2023
20231125 tips jimat diskaun
Tips Jimat : Ada Diskaun Tak?
25 Nov 2023
ANE 20230723 pelajar tahfiz
Tawaran Pengambilan Pelajar Tahfiz Separuh Masa
23 Jul 2023
20231125 tips jimat diskaun
Tips Jimat : Ada Diskaun Tak?
25 Nov 2023
20231011 solidarity for palestine israel cuak
icon follow us

Solidarity For Palestine, Israel Cuak.

“Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau pada batang leher musuh-musuh kami dab kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Ya Allah, hancur-leburkanlah kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka”

Teruskan intifada. Bebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel. Allah bersama mu wahai pejuang-pejuang HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah).

Sesungguhnya Palestine adalah milik orang Islam!

  1. Tempat tinggal para Nabi
  2. Nabi kita Ibrahim A.S hijrah ke Palestin.
  3. Nabi Lut A.S diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.
  4. Nabi Daud A.S tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.
  5. Dan Nabi Sulaiman A.S memerintah seluruh dunia dari Palestin, kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di Palestin dekat (‘Athqalan).
  6. Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria A.S, sebagaimana Musa A.S meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
  7. Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi ‘Isa A.S dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
  8. Di Palestin, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
  9. Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi ‘Isa A.S akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

Hubungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam dengan Palestine

  1. Kiblat awal umat Islam semasa diperintahkan solat adalah menghadap ke Baitul Maqdis, Palestin. Ketika Nabi berhijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan Baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Makkah al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)
  2. Peristiwa Isra’ & Mi’raj. Ketika Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Isra’, Baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda berhenti setelah berangkat dari Makkah sebelum menuju ke langit, dan Baginda menjadi imam solat para Nabi.
    Abu Dzar R.A bertanya kepada Rasulullah : “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Empat puluh tahun.” Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”
  3. Ssetelah kewafatan Rasulullah, semasa pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq RA, meskipun beliau sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.
  4. Zaman keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq R.A, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.
  5. Salahuddin al-Ayyubi membebaskan Palestin dari tentera salib pada hari bersejarah tahun 583 Hijrah hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

Kenapa dinamakan Baitul Maqdis?

Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah Palestin dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5,000 dari kalangan para Sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.

Masjid Al-Aqsa dan bumi Syam sama pentingnya dengan Haramain (Makkah dan Madinah)!

Allah subhanahu wa ta’ala mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, Surah at-Tin ayat 1-3 :

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ١ وَطُورِ سِينِينَ ٢ وَهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ٣

“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Makkah ini yang aman”

Ibnu Abbas berkata : “At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri Palestin, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa A.S di Mesir dan al-Balad al-Amin adalah Makkah al-Mukarramah”.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 105 :

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعْدِ ٱلذِّكْرِ أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ ١٠٥

“Dan sungguh Kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”

 

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan ada tiga masjid yang disyariatkan untuk dikunjungi :

“Janganlah (kalian) mengkhususkan melakukan perjalanan (jauh), kecuali menuju tiga masjid, (iaitu) Masjidil Haram (Mekkah), masjidku (Masjid Nabawi Madinah), dan Masjid Al-Aqsha (Palestina).”

(HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Darda dan Jabir, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Keutamaan solat di Masjidil Haram dalah 100.000 kali ganda bila dibandingkan tempat lain, sementara di masjidku ini (Masjid Nabawi) 1.000 kali ganda, dan adapun di Masjid Baitul Maqdis (Masjid Al-Aqsha) 500 kali ganda”

(HR Baihaqi dalam As Sunan Ash Shughro No. 1821)

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin. Amiin ya Rabbal ‘alamiin.

#SolidarityForPalestine #IsraelCuak #PrayForPalestine #FreePalestine #SavePalestine

20231011 solidarity for palestine israel cuak

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] penduduk asal di Palestin. Sebagai saudara seagama dan orang yang menghormati hak asasi manusia, perbuatan rejim Zionis terhadap umat Islam dan penduduk Palestin wajar dikritik dan dikecam dengan s…. Kiriman doa dan bantuan yang mampu disampaikan perlu sentiasa diberikan dan tidak sekadar waktu […]

Solidarity For Palestine, Israel Cuak
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more