2 Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KoopGuru)
4 Oct 20236 Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu 2023
26 Nov 20235 Jawatan Kontrak (Contract For Service) / Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada kelahiran Negeri Kelantan bermastautin di Negeri Kelantan) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan di bawah :
- Akauntan WA41 [ Syarat Lantikan ]
- Pegawai Tadbir N41 [ Syarat Lantikan ]
- Pegawai Syariah LS41 [ Syarat Lantikan ]
- Pegawai Undang-Undang L41 [ Syarat Lantikan ]
- Penolong Pegawai Pertanian G29 [ Syarat Lantikan ]
Syarat Lantikan Am
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Cara Memohon
- Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja di sini.
- Calon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Oktober 2023(Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat Am
- Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga atau boleh dibuat pelantikan secara terus mengikut kesesuaian yang difikirkan munasabah. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas DUA (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
- Pelantikan calon adalah tidak terikat dengan jawatan yang dimohon dan boleh sahaja ditawarkan apa-apa jawatan yang dianggap sesuai serta munasabah.