
Ejen Ali The Movie 2
3 Jun 2025

Assalamualaikum dan hai semua!
Kali ni Abey nak share sikit kenangan manis trip santai Abey dan keluarga ke Kulim, Kedah hujung Mei lepas. Banyak aktiviti menarik kami buat. So, jom baca sampai habis dan jangan lupa tengok vlog kat bawah post ni okay?
Jumaat, 30 Mei 2025
Kami bertolak dari Kota Bharu dalam pukul 8.15 pagi. Perjalanan santai je… siap sempat berhenti solat Jumaat di Kedah. Alhamdulillah, tiba di D’Concept Hotel Kulim dalam jam 3 petang. Check-in, freshen up, makan sikit.
Pukul 5.30 petang, terus bawa Alya tengok Ejen Ali The Movie 2 kat GSC Kulim Central! Fuhh, best gila filem tu! Lepas tu, kami dinner di Dapur Gerabak Western – makanan overall okay, servis pun tip top, cepat sampai. Memang puas hati!



Sabtu, 31 Mei 2025
Untuk sarapan pagi, kami try kat Lesung Padi Katering – banyak pilihan makanan. Ada variety roti canai, nasi lemak, local dan western food, semua nampak sedap! Lepas breakfast terus ke Tree Top Walk, Sungai Sedim. Bayaran masuk RM12 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Tapi tak sempat habiskan 1 pusingan sebab ada orang gayat! 😅
Sempat singgah beli kerepek kat Zainal Food lepas tu. Tengah hari tu, kami makan di Arie Bakso. Dekat dengan Terminal Bas Kulim. Petang tu jalan-jalan ke Pasar Malam Kulim untuk cari juadah petang. Keluarga dari Tawang baru sampai dan menginap di Permata Homestay sekitar Lunas, so kami gather sekali makan petang sama-sama.


Ahad, 01 Jun 2025
Pagi-pagi dah bersiap untuk ke majlis akad nikah adik ipar, Zafran dengan pasangannya Atiqah di Masjid Permatang Tok Dik. Majlis bermula dalam pukul 8.30 pagi.
Tengah hari terus ke Astana Impian Event Hall untuk sambung raikan pengantin baru. Petangnya kami lepak kat homestay sebab Alya nak mandi kolam di homestay. Malam santai je, chill kat homestay makan nasi lemak.


Isnin, 02 Jun 2025
Sarapan pagi kat homestay je. Pukul 10 pagi mula gerak balik ke Kelantan. Singgah makan tengah hari di Hentian Perah, lepas tu sambung perjalanan. Alhamdulillah sampai di Tawang dalam jam 5.30 petang.
🎥 Jangan lupa tonton vlog perjalanan kami di sini.
👉 Klik untuk tonton vlog YouTube kami (https://www.youtube.com/watch?v=eBeCH3PhzJA)
Kalau korang suka post ni, jangan lupa untuk:
👍 LIKE
🔁 SHARE dengan kawan-kawan
💬 KOMEN kat bawah pengalaman korang ke Kulim atau trip menarik yang lain
Jumpa lagi di post akan datang!
#CutiCutiMalaysia #TripKulim #FamilyTime #WeddingZafranAtiqah #EjenAliMovie2