
Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah Nabi SAW
26 Jun 2025

Rokok Dan Imam : Apa Pandangan Islam? | Assalamualaikum semua! Hari ni Abey nak borak santai sikit pasal satu topik yang agak sensitif tapi sangat penting untuk kita fahami bersama — isu merokok dan kelayakan menjadi imam. Jom kita sama-sama hadam.
✨ Fatwa: Merokok Itu Haram
Pada tahun 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dah putuskan : merokok adalah HARAM dalam Islam. Keputusan ni bukan dibuat suka-suka ya, tapi berdasarkan dalil-dalil kukuh dari al-Quran dan hadis :
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”
وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”
✅ Hadis Riwayat Ibn Majah (No. Hadis 2341) & Ahmad (No. Hadis 2865)
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas (kemudaratan) dengan kemudaratan”
📃 Apa Maksud Fasiq?
Perkataan fasiq berasal daripada “fisq” yang bermaksud terkeluar atau terpisah. Dalam istilah syarak, ia merujuk kepada orang yang melakukan dosa besar secara sengaja atau berterusan dalam dosa kecil.
Contoh? Ya, merokok — bila dah tahu haram tapi tetap buat juga. Maka ia termasuk dalam kategori fasiq. Lawan kepada fasiq adalah orang yang adil.
🙏 Syarat Jadi Imam
Imam Nawawi dalam kitab Raudhatul al-Thalibin sebut ada enam keutamaan bila pilih imam :
- Faqih (berilmu)
- Baik bacaan (tajwid)
- Wara’ (menjaga diri dari maksiat)
- Lebih tua
- Nasab yang baik
- Pernah berhijrah (pada zaman Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam)
Dan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bersabda (HR Muslim, 673) :
يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله، فإن كانوا في القراءة سواء، فأعلمهم بالسنة، فإن كانوا في السنة سواء، فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواء، فأقدمهم سنًّا
“Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadis, jika dalam hadis mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya dalam kalangan mereka”
🙋♂️ Rokok & Jadi Imam : Apa Hukum?
Okay, ni penting. Dalam mazhab Syafi’i :
- Solat di belakang imam yang merokok tetap sah jika cukup syarat dan rukun.
- Tapi… makruh hukumnya perokok jadi imam, dan makruh juga makmum ikut dia.
Kenapa makruh? Sebab perokok termasuk dalam kategori orang yang tidak wara’, dan kita dah tahu sifat wara’ tu penting untuk seorang imam.
Tapi Rasulullah juga bersabda :
صَلُّوا خَلْفَ مَنْ قَالَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَعَلَى مَنْ قَالَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّه
“Solatlah kalian di belakang orang yang mengatakan ‘La Ilaha Illallah’ dan juga ke atas mereka yang mengatakan ‘La Ilaha Illallah'”
Maknanya, walaupun dia merokok, kalau dia beriman dan layak dari sudut rukun solat, solat tu sah. Tapi tetap, cari imam yang lebih baik adalah lebih afdhal.
📆 Kesimpulan
Rokok bukan sekadar isu kesihatan, tapi isu agama juga. Bila dah jelas difatwakan haram, maka sebagai umat Islam, kita kena berusaha untuk tinggalkannya. Nak jadi imam? Jadi yang terbaik dari segi bacaan, ilmu dan akhlak.
Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, tekan Like, kongsikan dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen kat bawah. Sama-sama kita jadi umat yang lebih baik, insyaAllah ✨