
Sambutan Hari Lahir Alya di Fez Kitchen & TS Wardrobe
24 Aug 2025

Semalam, Abey berpeluang luangkan masa bersama member-member lama MRSM Qber – Parjo, Haq, Bob dan Pokwe. Kami pilih lokasi Restoran Nasi Berlauk Malam Sesuap Rasa untuk buat mini reunion lepas solat Isyak.
Suasana malam tu memang meriah dengan gelak tawa dan cerita-cerita lama zaman asrama. Dari kisah minum air spender senior, kematian sahabat 1 batch hinggalah perkembangan hidup masing-masing sekarang, semuanya keluar. Bukan sekadar sembang kosong, tapi lebih kepada menguatkan kembali tali persahabatan yang dah lama terjalin sejak zaman remaja dulu.
Tak sedar masa berlalu, jam dah pukul 1 lebih. Seronok sangat bila dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga, momen macam ni lah yang buat kita sedar betapa pentingnya persahabatan.


👉 Korang ada pengalaman reunion dengan kawan sekolah atau universiti? Apa momen paling korang ingat sampai sekarang? Jom kongsi cerita di ruangan komen. Jangan lupa like, share dan subscribe blog Abey untuk lebih banyak kisah santai & menarik!