
Cervical Dystonia : Kisah Sahabat Abey Diuji Penyakit Rare
24 Sep 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Baru-baru ni, Abey berpeluang menghadiri Kursus Asas Robotic Process Automation (RPA) di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur selama dua hari. Kursus ini betul-betul membuka mata Abey tentang bagaimana teknologi automasi mampu mengubah cara kerja kita di masa hadapan.
🚍 Perjalanan ke Kuala Lumpur
Pada 4 November (Selasa), Abey bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur menaiki bas Zaim Express. Sungguh selesa — ruang kaki luas, tempat duduk empuk, siap ada charger USB! Cuma satu kekurangan kecil, tiada perjalanan ke Putrajaya; stesen terakhir bas ni di Shah Alam. Sepanjang perjalanan, Abey duk layan cerita My Adventures With Superman musim pertama – ada 10 episod. Biasalah Abey ni kan “kipas susah mati” Superman. Kartun Superman pun Abey layan. Hahaha…

Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Abey terus tempah Grab ke Inspirasi Mont Kiara, tempat penginapan yang Abey dapat pada harga istimewa melalui Agoda. Dalam perjalanan tu, sempat juga Abey berbual dengan pemandu Grab yang berasal dari Perlis tentang bisnes memandangkan dia pernah ada syarikat dulu zaman COVID. Dari topik bisnes beralih ke topik hartanah di KL dan hal-hal politik — seronok dengar perspektif orang kota dan pandangan dia. Perjalanan dalam 30 minit tu rasa kejap je.
🧠 Hari Pertama Kursus – Kenali Dunia Automasi
Keesokan harinya, 5 November (Rabu), bermulalah hari pertama kursus di INTAN Bukit Kiara. Ini kali pertama Abey menjejak kaki ke situ — suasana tenang, kemas dan penuh semangat profesionalisme. Abey terkejut bila masuk makmal, rupanya ada kawan dari Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang yang turut hadir!
Kursus disampaikan oleh Dr. Muhammad bin Abdul Jalil @ Yusof dari Politeknik Port Dickson. Beliau bukan sekadar mengajar, tapi berkongsi beberapa latihan bagaimana RPA digunakan untuk mengautomasikan tugas rutin untuk memberi gambaran awal kepada peserta kursus.

💡 Hari Kedua Kursus – Dari Teori ke Realiti
Masuk hari kedua, 6 November (Khamis), suasana makin seronok. Kami belajar bagaimana membina automasi asas. Abey teruja bila melihat bagaimana satu bot boleh menjalankan tugasan manusia seperti menaip, klik dan isi maklumat dalam sistem tanpa perlu sentuhan manual. Terus terlintas beberapa idea yang mungkin boleh Abey gunakan untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa Abey.. contohnya…
- buat automasi share artikel blog Abey ni ke media sosial Abey bila trigger ada artikel baru. Jadi tak perlu la nak subscribe plugin berbayar
- Copy Paste berita-berita berkaitan Kelantan ke dalam website Abey yang lain berkaitan Kelantan
- OCR kan gambar-gambar surat untuk dapatkan maklumat tarikh surat, tajuk surat dan lain-lain untuk diautomasikan dalam sistem surat
- Kalau ada bos yang mintak data kewangan yang pelik-pelik yang tak de dalam sistem report, nak pulak secara harian, boleh juga apply cara ni.. dan lain-lain lagi la idea muncul…
RPA bukan lagi sekadar “teknologi masa depan” — ia sudah menjadi alat kerja masa kini yang boleh membantu kita lebih fokus pada tugasan strategik berbanding kerja berulang.
Waktu makan tengah hari, Abey terserempak pula dengan kawan lama semasa kerja dalam bidang retail suatu masa dahulu — kecil betul dunia ni!

Kadet PTD pun ramai juga yang join waktu makan tengahari. Muda-muda semuanya.. patutlah Abey tak lepas time interview PTD baru-baru ni.. HaHaHa… Lepas makan, masuk Surau Ar-Raudah untuk jamak dan qasar Zohor dan Asar. Di sudut tepi dalam surau, ramai Kadet PTD ni tidur.. letih kot dengan jadual padat.

Malamnya pula, Abey ambil kesempatan untuk berehat dan menonton filem Predator Badlands di GSC Velvet Sunway 163 Mall. Nikmat betul selepas dua hari berprogram penuh fokus. Nanti ada peluang, Abey review filem ni.
🛣️ Hari Pulang ke Kota Bharu
7 November (Jumaat), Abey menaiki Grab ke TBS untuk pulang ke Kota Bharu. Dalam perjalanan tu, pemandu Grab berbual panjang — dari isu taraf hidup di Kuala Lumpur, rasuah dalam sektor awam dan swasta, sehinggalah ke zaman kepimpinan Tok Guru Nik Aziz dan penyambung legasi Tok Guru.
Perjalanan pulang skali lagi Abey layan My Adventures With Superman musim kedua pulak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Abey tiba di Kota Bharu sekitar jam 6 petang. Walaupun penat, hati terasa puas. Kursus dua hari ini bukan sekadar tentang teknologi — ia tentang perubahan minda dan kesediaan kita untuk menyesuaikan diri dengan dunia digital.
🤖 Apa Itu RPA dan Kenapa Ia Penting?
Robotic Process Automation (RPA) ialah teknologi yang membolehkan komputer meniru tindakan manusia untuk melaksanakan tugas rutin. Ia digunakan untuk kerja seperti mengisi borang automatik, menyalin data, menghantar emel berjadual atau lain-lain — semuanya tanpa perlu manusia duduk depan skrin sepanjang masa. Seumpama ada robot yang tolong buat kerja harian kita – merobotkan tugas harian kita. Dengan itu, masa kita untuk kerja-kerja tadi boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lain. Jimatkan masa dan percepatkan proses perkhidmatan.

🌿 Refleksi Abey
Abey rasa bersyukur diberi peluang menimba ilmu dalam bidang yang sangat relevan ni. Automasi bukan bermaksud manusia digantikan, tapi bagaimana manusia berkolaborasi dengan teknologi untuk jadi lebih efisien dan produktif.
Yang penting, kita jangan takut pada perubahan. Dunia makin cepat berubah dan ilmu seperti RPA ni boleh bantu kita terus ke depan tanpa ketinggalan.
💌 Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengingati Abey sepanjang perjalanan dan kursus ini. Doa dan sokongan kalian amat Abey hargai. Moga perkongsian ni beri manfaat dan semangat kepada semua penjawat awam untuk terus belajar serta berinovasi.
📣 Jom bagi reaksi korang!
👉 Tekan Like 👍 kalau suka artikel ni
👉 Tekan Share 🔄 supaya kawan-kawan lain pun dapat baca
👉 Jangan lupa tinggalkan komen 💬 di bawah — Abey nak tahu pandangan korang tentang teknologi RPA dan automasi di tempat kerja!





