
Pengalaman Abey di Kursus Asas Robotic Process Automation (RPA) di INTAN Bukit Kiara
7 Nov 2025
Assalamualaikum semua 🌿
Pertama sekali, Abey mohon maaf sangat atas kelewatan berkongsi artikel kali ini. Beberapa hari lepas Abey demam, selsema dan batuk — barulah hari ni ada tenaga sikit untuk duduk dan menulis dengan baik.
Baiklah, kali ini Abey cerita pengalaman sepanjang menghadiri Kursus Pertengahan Robotic Process Automation (RPA) di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 13-14 November 2025. Kursus ni sambungan daripada kursus asas awal bulan hari tu, dan kali ini pengisian memang lebih mendalam dan teknikal.
🚍 12 November (Rabu): Bertolak ke Kuala Lumpur
Seperti biasa, perjalanan bermula dari Kota Bharu. Setibanya di TBS, Abey terus booking Grab menuju Arcoris Mont Kiara, penginapan yang selesa dan strategik. Bersebelahan dengan Sunway 163 Mall. Malam tu, Abey makan malam di Nasi Lemak Burung Hantu, Desa Sri Hartamas. Lepas mkn malam, Abey rehat awal sebab esok program bermula.


🧠 13 November (Khamis): Hari Pertama Kursus Pertengahan RPA
Hari pertama lapor diri di INTAN, Abey ditunggu oleh kawan Abey dari PTJ Pasir Puteh di lobi Pusat Pengajian Teknologi Maklumat & Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN Bukit Kiara. Kami dah sama-sama rancang untuk hadir kursus kali ini. Sepatutnya bertiga, tapi kawan dari PTJ Gua Musang tak dapat hadir.
Kursus masih disampaikan oleh Dr. Muhammad bin Abdul Jalil @ Yusof dari Politeknik Port Dickson, seorang tenaga pengajar yang memang pakar dalam RPA dan sangat mudah difahami cara penyampaiannya.

🎬 Malam : Movie Time
Waktu malam, Abey luangkan masa menonton filem Now You See Me : Now You Don’t di GSC Velvet Sunway 163 Mall. Selesa, tenang dan memang terapi selepas sehari penuh belajar.
😷 14 November (Jumaat): Hari Kedua Kursus – Badan Mulai Lemah
Masuk hari kedua, badan Abey mula bagi tanda-tanda tak sedap — hidung berair, kepala pening, tekak tak selesa. Tapi Alhamdulillah, Abey tetap dapat mengikuti sesi sehingga ke petang.
Seperti biasa hari Jumaat, semua peserta berhenti sekejap untuk solat Jumaat di Surau Ar-Raudah INTAN Bukit Kiara — surau yang sederhana tetapi sangat menenangkan. Sekitar surau juga ada disediakan pelbagai jualan kiuh-muih, kekacang, kain pasang, tudung dan lain-lain.

🌙 Malam : Situasi Semakin Teruk
Malamnya, demam betul-betul datang. Abey selimut bergulung sebab terlalu sejuk. Selsema dan batuk pun jadi kuat. Tak dapat buat apa-apa selain berehat.
🛣️ 15 November (Sabtu): Pulang Ke Kota Bharu
Walaupun badan masih lemah, Abey tetap gagahkan diri untuk naik Grab ke TBS, kemudian menaiki bas pulang ke Kota Bharu. Alhamdulillah perjalanan lancar dan Abey tiba sekitar jam 5 petang.
🤖 Apa Yang Menarik Dalam Kursus Pertengahan RPA?
Untuk kursus kali ini, pengisiannya lebih mendalam, teknikal dan mencabar berbanding kursus asas. Kursus kali ini lebih kepada manipulasi data dalam bentuk excel.
💌 Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Abey dan yang sentiasa ingatkan Abey untuk berehat secukupnya. Moga berkat doa kalian, Abey cepat sembuh dan boleh terus berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada semua.
📣 Jom bagi reaksi korang!
👉 Tekan Like 👍 kalau suka artikel ini
👉 Tekan Share 🔄 supaya lebih ramai dapat manfaat
👉 Tinggalkan komen 💬 di bawah — Abey nak dengar pendapat korang tentang penggunaan RPA dan perjalanan digital kerajaan kita!





