Pengalaman WordCamp Malaysia 2025 di Sunway University – Freebies, Ilmu & Pengumuman Besar 2027 : Pena Hijau

Pengalaman WordCamp Malaysia 2025 di Sunway University – Freebies, Ilmu & Pengumuman Besar 2027

20251107 kursus rpa robotic process automation intan bukit kiara 2
Pengalaman Abey di Kursus Pertengahan RPA di INTAN Bukit Kiara
20 Nov 2025
20251107 kursus rpa robotic process automation intan bukit kiara 2
Pengalaman Abey di Kursus Pertengahan RPA di INTAN Bukit Kiara
20 Nov 2025
20251207 wordcamp malaysia 2025 1
icon follow us

Pengalaman Abey di WordCamp Malaysia 2025 — Penuh Ilmu, Freebies & Kejutan Besar untuk 2027!

WordCamp Malaysia 2025 (WCMY2025) kali ini memang lain macam auranya. Abey sendiri tak sangka pengalaman di Sunway University membawa begitu banyak ilmu, networking, kejutan dan tentulah freebies yang boleh tahan mahal!

Dari Artisan Eco Hotel ke Sunway University – Pagi Yang Bermakna

Di bandar Sunway, Abey menginap di Artisan Eco Hotel, hotel yang memang Abey rekomen untuk stay jika ada urusan di area Sunway ni. Selain daripada bilik yang bersih, lokasi hotel jugak strategik, dekat dengan Sunway Piramid Mall jika ada nak shopping atau menonton wayang. Bawah hotel ni pun ada kedai mamak. Jadi tak payah risau nak cari sarapan.

Jalan kaki ke Sunway University ambil masa lebih kurang 20 minitKebetulan hari tu ada event Eco Brown Urban Walk 2025, jadi suasana sekitar memang meriah dengan ramai peserta larian.

20251207 eco brown urban walk 1

Sampai di Sunway University lebih kurang jam 8 pagi, Abey terus naik ke tingkat 1 untuk pendaftaran. Daftar je terus dapat tote bag yang berisi baju WordCamp Malaysia 2025 dan tag nama. Waktu Abey daftar tu, attendee belum ramai dan para penaja tengah sibuk setup booth masing-masing. Antara sponsor utama untuk WCMY2025 ni Bluehost, Exabytes, FluentCart, Hosting.com, Kinsta, Runcloud, Serverfreak, Sunway Education, Woo dan WordPress.com. Selain booth penaja, ada jugak booth kopi serta popcorn dan booth foto!

20251207 wordcamp malaysia 2025 1
20251207 wordcamp malaysia 2025 2

Sambil tunggu acara bermula, Abey ambil peluang borak dengan mentor WordCamp – Julian Song, beberapa penganjur seperti Suzaidee dan peserta lain. Julian ada bertanya tentang sambutan orang Kelantan terhadap WordPress. Dia juga pernah syorkan Abey untuk lead buat satu meetup untuk area Kelantan atau Pantai Timur tahun lepas. Suzaidee pun ada maklumkan benda yang sama dan diorang sudi untuk bantu jika ingin buat satu meetup pertama di area Pantai Timur. Cuma tu la… Abey tak berapa yakin tentang sambutan di sini. Julian ada bagitau yang Kuching akan buat satu meetup pertama akan datang yang akan dihandle oleh James Hunt, salah sorang speaker yang berasal dari England dan menetap di Kuching. Sambil-sambil duk borak tu, Abey  duk intai-intai jugak kawan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh yang turut join event ni. Abey ingatkan dia tak sampai lagi, rupanya dia sampai awal lagi. Kami pun sama-sama ronda sponsor booth dan mula kumpul freebies yang ada.

Acara Bermula – Ucapan, Masa Depan WordPress Dalam Dunia AI & Conference

Lebih kurang jam 9 pagi, Abey dan kawan Abey masuk Dewan JC2. Dewan mula dipenuhi oleh 300 lebih peserta yang bukan saja datang dari dalam negara malah dari luar negara seperti India, Bangladesh, Singapura, Jepun, Taiwan, England dan lain-lain. Acara rasmi bermula dengan sesi bergambar di dalam dewan JC2, ucapan alu-aluan daripada pihak penganjur, Ruhani Rabin dan penganjur venue Professor Dato’ Elizabeth Lee. Kemudian acara diteruskan dengan perbincangan tentang Masa Depan WordPress dalam dunia AI oleh beberapa ahli panel. Memang menarik sebab ahli panel datang dari pelbagai industri dan negara.

Lepas sesi tu, rehat sekejap untuk breakfast. Seperti biasa, makanan WordCamp memang tak pernah mengecewakan.

Jam 11 pagi, slot conference bermula sampai jam 5 petang. Banyak topik yang menarik, padat dengan ilmu daripada speaker-speaker yang hebat dari dalam dan luar negara. Boleh tengok posting Abey sebelum ni untuk tajuk sesi conference dan speaker yang hebat-hebat – WordCamp Malaysia 2025 di Sunway University – Acara WordPress Untuk Komuniti Digital.

Makan tengah hari dan minum petang pun memang mantap. Serius lagi mantap dari tahun lepas. Tahun 2025 betul-betul padu dari segi makanan hingga ada peserta dari luar negara (India kalau tak silap Abey) boleh namakan event ni sebagai FoodCamp selain dari WordCamp!

20251207 wordcamp malaysia 2025 6
20251207 wordcamp malaysia 2025 7

Tengah santai-santai masa sesi minum petang, Abey sempat diinterview oleh team publisiti event ni yang juga wakil daripada pihak ServerFreak, Rodziah Daruri. Abe ditanya 3 perkataan yang menggambarkan WordCamp ni.. spontan Abey jawab… baju, ilmu dan freebies.. Hahaha…

Acara Yang Ditunggu Semua — Lucky Draw!

Jam 5 petang, tibalah segmen kegemaran ramai — Lucky Draw daripada para sponsor seperti ServerFreak, Exabytes dan beberapa syarikat teknologi lain. Hadiah pun boleh tahan mewah tahun ni, Huawei Tab, Lego kereta-kereta mewah berharga ratusan ringgit dan ada hadiah cabutan bertuah yang mencecah ratusan USD! Berbaloi sangat dengan bayaran pendaftaran RM100 dapat masuk sesi perkongsian ilmu, tshirt WordCamp, freebies daripada booth penaja, makanan sedap dan peluang menang cabutan bertuah. Memang worth it.

20251207 wordcamp malaysia 2025 8

Pengumuman Besar – Malaysia Tuan Rumah WordCamp Asia 2027!

Dalam kemeriahan lucky draw, penganjur umumkan satu berita besar Malaysia akan menjadi tuan rumah WordCamp Asia 2027! Tak cukup dengan tu, penganjur buat lucky draw tambahan bagi 10 tiket percuma untuk WordCamp Malaysia 2026. Rezeki siapa yang bertuah, memang masyuk. Acara berakhir sekitar jam 6 petang.

Tak Sempat Join After Party – Kejar Masa Balik Kelantan

Biasanya setiap kali selepas konferens, ada After Party dengan makanan sedap. Tapi macam biasa Abey tak sempat sebab perlu kejar masa balik Kelantan. Tengok gambar dalam group, sedap-sedap makanan. Nampak gayanya, WCMY tahun depan, Abey kena tunggu untuk sesi After Party plak. 😁

20251207 after party 1
20251207 after party 2

Fuhhh.. walaupun padat dan penat, pengalaman WordCamp Malaysia 2025 memang sangat berbaloi. Video event ni akan Abey post bila dah siap editing. Subscribe blog Abey dengan tekan butang loceng merah di sudut bawah kanan untuk terus dapatkan notification bila ada update terbaru daripada blog Abey ni.


Ucapan Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati Abey. Mudah-mudahan setiap langkah kita dalam menuntut ilmu dan meningkatkan kemahiran ini diberkati Allah. Semoga berpeluang lagi untuk sertai WordCamp Malaysia 2026 dan WordCamp Asia 2027 nanti!

 

Jom Sokong Blog Abey! ❤️

Kalau suka artikel ni, jangan lupa:

👍 Like
🔁 Share
💬 Komen di bawah tentang pengalaman WordCamp, minat WordPress atau apa saja cadangan untuk artikel seterusnya.

Sokongan anda bantu Abey terus berkongsi lebih banyak cerita, info & pengalaman bermanfaat.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Pengalaman WordCamp Malaysia 2025 di Sunway University – Freebies, Ilmu & Pengumuman Besar 2027
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more