
Pengalaman WordCamp Malaysia 2025 di Sunway University – Freebies, Ilmu & Pengumuman Besar 2027
10 Dec 2025
Pada Khamis, 18hb lepas, Abey berkesempatan mengadakan satu perjumpaan santai bersama dua orang sahabat di Kayuan Coffee, Kota Bharu. Walaupun ini perjumpaan ringkas, ia membawa makna besar kerana fokus utama kami adalah perbincangan awal sebuah projek bisnes yang sedang dirancang.
Kadang-kadang, idea terbaik tak lahir dalam bilik mesyuarat yang formal, tetapi di meja kopi dengan suasana yang tenang dan santai.

Kenapa Pilih Kayuan Coffee, Kota Bharu?
Kayuan Coffee antara lokasi yang sesuai untuk sesi perbincangan santai tetapi produktif. Suasananya tidak terlalu bising, susun atur meja selesa dan yang paling penting—kopi serta makanan yang memuaskan. Jadi tak hairanlah ramai memilih kafe seperti ini untuk meeting ringan, brainstorming idea, catch up dengan rakan lama atau makan malam bersama keluarga. Selain daripada menikmati kopi yang makanan yang berasaskan roti, spaghetti… pengunjung juga berpeluang melihat produk-produk perabot dan hiasan rumah yang berasaskan kayu yang bermutu seperti kayu merbau. Contohnya meja kayu merbau yang Abey dan 2 orang sahabat Abey guna untuk makan dan minum ni, harganya mencecah RM4500.. WOW!!!

Perbincangan Projek – Dari Idea ke Hala Tuju
Dalam perjumpaan tersebut, Abey dan dua sahabat berbincang tentang beberapa idea untuk projek kami. Perbincangan berjalan secara santai tetapi berfokus. Bila suasana tidak terlalu formal, idea lebih mudah mengalir dan semua orang bebas bersuara tanpa tekanan. Sempat juga kami melihat beberapa produk kayu merbau yang ada di Kayuan Coffee dan berpeluang mendengar pengalaman daripada salah seorang team Kayuan Coffee.
Kadang-kadang satu pertemuan ringkas boleh menjadi titik mula kepada sesuatu yang lebih besar, asalkan ada kesungguhan dan perancangan yang jelas.
Ucapan Terima Kasih
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, menyokong dan mengingati Abey dalam setiap langkah. Semoga setiap usaha kecil ini dipermudahkan dan diberi keberkatan.
Jom Berinteraksi 👇
Kalau Abey atau anda pernah buat perbincangan projek di kafe:
- 👍 Like artikel ini
- 🔁 Share dengan rakan-rakan
- 💬 Komen di bawah: kafe mana yang anda rasa sesuai untuk meeting santai?
Sokongan anda sangat Abey hargai.




