Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Kelantan 2025 : Detik Bermakna Buat Abey : Pena Hijau

Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Kelantan 2025 : Detik Bermakna Buat Abey

20251218 kayuan coffee
Perbincangan Projek Bisnes Santai di Kayuan Coffee Kota Bharu
20 Dec 2025
20251218 kayuan coffee
Perbincangan Projek Bisnes Santai di Kayuan Coffee Kota Bharu
20 Dec 2025
20260121 pingat negeri kelantan 04
icon follow us

Pada 21 Januari lepas, Abey berkesempatan menghadiri satu majlis yang sangat bermakna dalam perjalanan hidup – Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Bagi Tahun 2025 Kali Ke 2 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang Ke 56 yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Alhamdulillah, dalam majlis penuh istiadat ni, Abey telah dikurniakan pingat. Satu penghormatan yang pastinya akan Abey kenang sepanjang hayat.

Suasana Istiadat di Istana Balai Besar

Seawal tiba di perkarangan istana, terasa suasana berbeza. Semua tersusun rapi, penuh tertib dan memancarkan keagungan tradisi Kesultanan Melayu Kelantan. Dengan tetamu yang hadir memakai persalinan baju melayu serba hitam, ada yang memakai pakaian istiadat… wajah penuh rasa syukur dan bangga.

Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat, mencerminkan ketinggian budaya dan penghormatan kepada institusi diraja negeri Kelantan.

20260121 pingat negeri kelantan 04

Pingat Bukan Sekadar Lambang

Pingat yang Abey terima bukan sekadar seketul logam lencana, tapi ia adalah pengiktirafan terhadap khidmat bakti dan amanah yang perlu dijaga dan peringatan agar sentiasa merendah diri, bukan untuk dibanggakan. Bak kata Uncle Ben, pakcik Spiderman/Peter Parker, “With great power, comes great responsibility“. Jadi penghormatan ni datang bersama tanggungjawab. Tanggungjawab untuk terus berbakti dan menjalankan amanah yang diberi dengan menerapkan konsep UMI… Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

Pertemuan Semula Sahaba Lama

Dalam majlis ni jugak, Abey bertemu semula dengan sorang sahabat. Jodoh bertemu semula dalam majlis ni setelah sekian lama. Teman sebilik, serumah, seusrah, sepengajian semasa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Walaupun masing-masing kini bawa haluan hidup yang berbeza, persahabatan lama tetap terjalin. Cukup untuk mengimbau memori lama – zaman belajar, susah senang dan impian muda satu ketika dulu.

20260121 pingat negeri kelantan 03

Ucapan Terima Kasih Dari Hati

Dikesempatan ni, Abey ingin merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih kepada :

  • keluarga tercinta terutamanya mak ayah, isteri dan anak
  • sahabat handai yang mengucapkan tahniah
  • rakan sekerja
  • dan semua yang mendoakan dan mengingati Abey

Doa dan sokongan anda semua amat Abey hargai. Semoga penghormatan ini menjadi asbab untuk Abey terus mencurahkan khidmat bakti yang lebih ikhlas dan bertanggungjawab.

Penghargaan Buat Negeri & Institusi Diraja

Setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, serta seluruh institusi yang terlibat dalam penganjuran majlis yang penuh tertib dan bermakna ini.

20260121 pingat negeri kelantan 01
20260121 pingat negeri kelantan 02

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊

Comments are closed.

Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Kelantan 2025 : Detik Bermakna Buat Abey
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more