Soul of Unity, Together We Grow: Team Building dan Ujian Kehidupan : Pena Hijau

Soul of Unity, Together We Grow: Team Building dan Ujian Kehidupan

20260125 motivasi pengurusan stres penjawat awam
Stres Terkawal, Perkhidmatan Cemerlang: Pengurusan Emosi Penjawat Awam
26 Jan 2026
20260125 motivasi pengurusan stres penjawat awam
Stres Terkawal, Perkhidmatan Cemerlang: Pengurusan Emosi Penjawat Awam
26 Jan 2026
opengraph image

opengraph image

icon follow us

Pada 5 hingga 7 Februari 2026, pejabat telah menganjurkan Program Team Building bertemakan “Soul of Unity, Together We Grow” bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort. Program ini bertujuan mengukuhkan semangat kebersamaan, kerjasama pasukan serta komunikasi dalam kalangan warga pejabat.

Abey diberi amanah sebagai salah seorang urusetia, dengan tanggungjawab menguruskan beberapa perkara penting termasuk persiapan banner, bunting, ICT dan pengangkutan. Amanah ini bukan kecil, tetapi Alhamdulillah dipikul bersama rakan-rakan urusetia yang sentiasa memberi sokongan.

Program ini dikendalikan oleh Dr. Haji Zain bin Haji Mahmood daripada Moza Consultant. Gaya penyampaian beliau sangat menarik — santai, penuh unsur jenaka, namun sarat dengan pengisian ilmiah yang membuka minda dan menyentuh nilai kemanusiaan.

Program Berjalan Lancar, Jiwa Diuji

Secara keseluruhan, perjalanan program berjalan dengan baik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan termasuk sesi dalaman dan aktiviti outdoor di pantai yang cukup menyeronokkan dan mengeratkan hubungan sesama warga kerja.

Namun, Jumaat, 6 Februari 2026 menjadi titik yang tidak akan Abey lupakan.

Selepas aktiviti luar di pantai, sedang berlangsung satu mesyuarat antara urusetia dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (TPKN) bagi membincangkan perjalanan majlis makan malam pada malam tersebut. Ketika itulah Abey menerima perkhabaran daripada isteri bahawa mak mentua Abey dimasukkan ke Zon Merah Hospital Bachok.

Abey memaklumkan perkara ini dalam mesyuarat, dan tanpa berlengah, TPKN dengan penuh empati berkata:

“Cepat-cepat kelik. Lamo kan nyesal. Family first.”

Kata-kata yang ringkas, tetapi sangat besar maknanya.

Amanah Diserah, Ukhuwah Terasa

Abey segera menghubungi rakan sekerja, Fauzan, yang juga dilantik sebagai AJK di bawah Abey, untuk membantu mengambil alih tugasan berkaitan persiapan montaj dan perkara teknikal lain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Abey ucapkan kepada AJK-AJK Abey…  Firdaus, Fauzan, OA dan  Abe Zul… yang tanpa banyak soal, terus membantu dan melancarkan urusan. Inilah makna sebenar Soul of Unity yang bukan sekadar slogan, tetapi dizahirkan melalui tindakan.

Family First

Selepas menyerahkan tugasan, Abey bergegas ke bilik penginapan untuk mengemas pakaian dan terus pulang ke rumah. Isteri dan anak sudah sedia menunggu, dan kami bertolak ke Hospital Bachok.

Kami tiba sekitar jam 1.30 petang. Alhamdulillah, kami masih sempat masuk ke Zon Merah untuk menziarahi mek (mak mentua Abey). Saat itu, hanya doa dan harapan yang mampu dipanjatkan.

Namun, Allah lebih menyayangi mek.

Mek telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 11.58 malam.

Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

Semoga arwah mek dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Aamiin.

Ucapan Terima Kasih

Abey ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan sekerja, pihak pengurusan, ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan, menghubungi serta memberi sokongan dalam saat sukar ini. Semoga setiap doa dan kebaikan dibalas Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Penutup

Kadang-kadang, di tengah-tengah komitmen kerja dan amanah yang dipikul, Allah menguji kita dengan peringatan tentang apa yang paling utama dalam hidup.

Kerja adalah tanggungjawab.
Amanah adalah kewajipan.
Tetapi keluarga adalah keutamaan.

Jika artikel ini menyentuh hati anda,

👉 tinggalkan reaksi anda,
👉 kongsikan kepada rakan-rakan,
👉 like dan komealaln di bawah sebagai tanda sokongan dan doa.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊

Comments are closed.

Soul of Unity, Together We Grow: Team Building dan Ujian Kehidupan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more