Syukur Dalam Tekanan: Kisah Saguhati RM100 & Cabaran Dunia Kerja : Pena Hijau

Syukur Dalam Tekanan: Kisah Saguhati RM100 & Cabaran Dunia Kerja

20260515 delegasi treasury kelantan bersama jpns
Pengalaman Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak – Business Matchmaking & Kuching Waterfront
17 May 2026
20260515 delegasi treasury kelantan bersama jpns
Pengalaman Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak – Business Matchmaking & Kuching Waterfront
17 May 2026
20260518 saguhati rm100
icon follow us

Dalam dunia pekerjaan, kadang-kadang penghargaan datang bukan dalam bentuk pujian di depan ramai orang, tetapi hadir secara sederhana dan penuh makna. Ada juga waktu kita rasa penat, kecewa dan dipersalahkan walaupun kita sudah cuba buat yang terbaik.

Begitulah kisah yang berlaku kepada Abey minggu ini.

“Ada Nak Bagi Sesuatu…”

Hari Khamis baru ni, Abey terima satu WhatsApp daripada seorang rakan sekerja. Dia tanya Abey ada di mana. Masa tu Abey masih outstation dan bagitahu akan masuk kerja semula hari Ahad.

Abey pun tanya balik, “Kenapa?”

Dia jawab ringkas : “Ada nak bagi sesuatu”.

Terus Abey tertanya-tanya… apa benda pula dia nak bagi? Sebab sepanjang kerja, Abey memang jarang berurusan dengan dia.

Masuk je pejabat hari Ahad, rupa-rupanya dia nak bagi saguhati RM100 sebagai tanda penghargaan atas tugas Abey menjadi pembaca doa dalam satu majlis rasmi sebelum ni. Tak jangka pun ada saguhati ni. Dah la minggu sebelum ni pun Abey dapat RM50 daripada PUSPANITA Negeri Kelantan dan tambahan RM50 lagi daripada Puan Nurmastura sendiri sebab bantu dia menyediakan gimik perasmian untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA walaupun bantuan Abey tu tak seberapa.

Alhamdulillah… rezeki tak disangka-sangka.

Dengan duit RM100 yang Abey baru terima tu, RM50 Abey belanja kawan-kawan pejabat dan dalam kompleks sarapan pagi. Lagi RM50 Abey bagi kat isteri Abey. Kadang-kadang nikmat paling tenang bukan bila duit banyak, tapi bila dapat berkongsi.

Bila Nama “Naik” Depan Big Boss…

Namun dalam masa yang sama, ada juga perkara yang sedikit mengganggu fikiran Abey.

Dalam majlis yang sama, nama Abey sekali lagi “naik” depan big boss sebab laman web jabatan belum dikemaskini berkaitan program tersebut.

Hakikatnya, bukan Abey sengaja tak mahu update.

Biasanya untuk berita rasmi jabatan, pihak pentadbiran atau urus setia perlu sediakan maklumat lengkap terlebih dahulu seperti teks berita, gambar rasmi, maklumat program dan sebagainya. Bila semua bahan dah ada, barulah mudah untuk pihak teknikal buat siaran di laman web.

Tapi biasalah…

Kadang-kadang orang nampak hasil akhir sahaja, bukan proses di belakang tabir.

Sebelum ni pun pernah ada pegawai “burukkan” nama Abey depan Dato’ PKN. Abey syak sebab isu PowerPoint. Padahal slideshow yang disediakan tu dah elok cantik dan kemas dah pun. Ada seorang lagi yang “burukkan” nama Abey… yang Abey masih siasat, mencari gerangan orangnya…

Abey setakat ni masih bersabar. Dunia kerja memang penuh warna-warni manusia. Ada yang menghargai, ada yang hanya nampak salah.

Rezeki Itu Datang Dalam Pelbagai Bentuk

Walaupun ada sedikit tekanan dan rasa terkilan, Abey tetap bersyukur.

Allah kadang-kadang hadirkan penyejuk hati melalui perkara kecil.

  • Ada orang menghargai usaha kita
  • Ada kawan yang ikhlas
  • Ada rezeki tak disangka
  • Ada keluarga yang sentiasa menyokong

Itulah yang buat kita terus kuat bekerja.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah AN-Nahl ayat 53 :

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍۢ فَمِنَ ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ ٥٣

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan”

Jangan Sampai Orang Yang Sabar Jadi MELETUP!

Abey percaya ramai penjawat awam atau pekerja swasta pernah berada dalam situasi yang sama.

Buat kerja diam-diam. Bila berjaya, orang lain ambil nama. Bila ada kekurangan, nama kita pula disebut.

Sebab tu penting untuk kita jaga emosi dan profesionalisme. Tapi dalam masa sama, jangan ambil mudah kesabaran seseorang.

Orang yang diam bukan bermaksud lemah. Kadang-kadang dia cuma memilih untuk menjaga adab dan hormat.


Apa pun, Abey tetap bersyukur atas segala pengalaman yang berlaku. Dunia kerja banyak mengajar tentang sabar, penghargaan dan juga nilai persahabatan.

Kepada semua yang sentiasa mendoakan serta mengambil berat, Abey ucapkan terima kasih atas doa dan ingatan kalian. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan rezeki yang berkat dan ketenangan hidup.

Apa pandangan korang tentang budaya kerja di tempat kerja masing-masing? Pernah alami situasi macam ni juga?

Kongsikan pengalaman dan pendapat korang di ruangan komen di bawah. Jangan lupa share artikel ini jika bermanfaat, dan tekan like untuk sokongan kepada Abey. 😊

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊

Comments are closed.

Syukur Dalam Tekanan: Kisah Saguhati RM100 & Cabaran Dunia Kerja
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more